Skip to main content

Saya sedih...

Sejak cuti, attitude saye makin lame makin teruk. Adab dengan ibu bapa makin teruk. Ape ni? Sometimes, rase nak lari je dari rumah ni. Tapi nak lari ke mane? Saye dah tak tahan dengan semua ni. Saye ingat, bila saye menyembunyikan keislaman saye ni, saye akan jadi lagi kuat. Tapi kenapa makin hari saye makin teruk? Solusi mudah : Ape susah? Btaw la parents dah masuk Islam, kan senang?

Tapi banyak sangat perkare yang dipertimbangkan. Takut nanti bile dah bagitahu langsung x boleh nak beribadah. Tak pun kena tendang keluar rumah. Nak makan ape? Duit sendiri xde, x keje lagi. Banyak sgt nak difikirkan.

Saye sedih. Saye sedih sangat-sangat. Saye ingat saye boleh tahan kena pergi ke gereja, ambik risiko makan benda yg mungkin tidak halal dan memalsukan kepercayaan saye, kononnye saye masih kristian. Tapi bile saye jumpe kawan2 mak saye, kawan2 ayah saye, yang semuanye kenal saye smenjak saye kecik, bile mereka cakap " Good luck. Jesus will help you.", saye rase sedih sebab 2 perkare...

i) saye tidak dpt mbayangkan ape perasaan mereka setelah mereka tahu suatu hari nanti
ii) sebab yg tidak boleh dperkatakan kerana isu sensitif


Saye sedih bile parents saye salah faham dengan setiap perbuatan saye. Saye sedih bile mereka ingat saye budak jahat sebab selalu mengelak dari pergi ke gereja. Saye sedih sebab mereka ingat saye ni suatu kekecewaan. Saye sedih dan semakin x bersemangat nak terus tinggal di rumah ni.


Saye juga rase saye semakin jauh dari ALLAH. Saye benci diri sendiri kerana tidak mampu untuk memantapkan kekuatan hati seperti rakan2 seperjuangan lain. Saye semakin negatif setiap hari. Saye sedih sebab saye cuma ade blog ini untuk luahkan segale-gale.


Saye harap sangat2 saye lulus exam saye nanti. Result keluar tak lame lagi. Saye harap boleh fly sebab saye risau sangat kalau lame sangat dekat rumah. Saye akui, saye takut saye terpedaya. Mungkin orang akan cakap, teruk la dia ni cakap macam ni, tapi.... anda faham ke? Cube duduk sorang2, jauh dari jemaah muslim, dalam rumah langsung xde muslim, jauh dari masjid, dekat dengan gereja, ape perasaan?


Saye marah, ye, saye pandai marah. Jangan ingat saye x pandai nak marah. Saye marah sebab saye marahkan diri sendiri kerana x cukup tabah. Tapi bile saye marah, orang selalu salah faham. Salah faham, kononnya saye marah pada kehidupan. Saye pun ade hati, saye pun ade perasaan. Tapi saye tak boleh nak tutup mulut orang sebab orang memang suke bercakap. Saye risau hati saye keras sebab kering kerana kurang tarbiyyah dan saye semakin banyak menangis kerana kesedihan.


Saye dah tak tahan nak duk lame-lame dekat umah.


Saye tak tahan. ='(

Comments

  1. salam wahai sister in islam

    1. sebagai seorang yang dilahirkan muslim saya amat simpati dengan nasib awak, tapi nak buat mcammana itulah yang awak perlu lalui..sabar, sabar dan sabar. Saya menyokong awak merahsiakan keislaman awak dan bersabarlah sampai ketika awak boleh berdikari (berkerja selepas graduate) baru bagi tau family awak.
    sebelum sampai masa itu rahsiakan dulu akidah islam tu.

    2. sekiranya awak mati sebelum keluarga tahu yang awak muslim, sebagai muslim sebenarnya awak tak bersalah dan berdosa sekiranya ditakdirkan dikebumi secara non-muslim, cuma saya berdoa semoga perkara itu tidak akan berlaku insyaAllah.

    3. Setiap ummat islam samaada mualaf atau dah lama islam memang sentiasa akan diuji, sesungguhnya bersangka baiklah dengan Allah, Allah tak akan uji kita dengan perkara yang kita tak mampu kita hadapi. dan ujian itu memang wajib bagi setiap muslim sebelum kita boleh mengatakan bahawa kita beriman dengan Allah. Setiap muslim akan diuji.

    4. berselawatlah kepada nabi Muhammad saw sentiasa dan baca ayatul qursi banyak2 ia boleh memberi kekuatan jiwa kepada awak.

    5. Saya sentiasa mendoakan semua ummat islam , mualaf atau dah lama islam akan sentiasa mempertahankan akidah yang suci ini.

    ReplyDelete
  2. muslims always tahu nk mengadu kpd siapa..rite

    baqarah 45

    i dun know wheter it helps..
    gudluk in your journey
    Allah tidak menguji melainkn dgn kmmpuan hambanya itu

    yakin..bahawa ujian itu mampu dilalui oleh kamu
    allahualam

    ReplyDelete
  3. copy n paste dri blog seorg teman

    " Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah,
    semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan,
    tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..
    kita tidak sendirian.." "

    ReplyDelete
  4. dan lagi..semoga bermanfaat

    "Jika seseorang bersabar terhadap sesuatu bererti ia akan menanggung penderitaan tertunggu-tunggu. Tapi, jika seseorang Redha, ianya akan menjadi seorang yang tenang dan tidak gelisah kerana tak perlu bersabar menunggu bilakah sesuatu itu akan berakhir"

    ReplyDelete
  5. byk sgt la plak benda yng bermanfaatnya..x larat nk copy..hhe.bca di sini sja ek..

    http://khazanahrahsia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. be strong gal.. u have us as ur support... and i'll be cheering for u from here...

    ReplyDelete
  7. sume org ade pnyakit..
    kalo nk smbuh dri pnyakit..
    kne mkn ubat..
    ubat tu mstla sesuai dgn pnyakit kite..
    sume ubat pahit..
    kalo nk smbuh..kne tahan utk telan ubat pahit tu..
    lpas kau tahan telan ubat pahit tu..
    bru r kau akn smbuh..
    bape lame amk mse utk smbuh..aku xtau..
    tp..aku xkn dpt rse pahit nyer ubat kau tu..
    sbb ubat kite berlainan..
    cume yg sme sbb kite ambl ubat tu drpd-Nya~

    ReplyDelete
  8. salam.

    saya akui, muslim biasa yang tidak biasa dgn para muallaf agak sukar memahami dan menjiwai masalah yang dihadapi para muallaf.

    Sepanjang pengalaman saya mengendalikan muallaf, macam2 bentuk masalah dan tekanan dihadapi oleh para muallaf samaada dari sudut mental mahupun fizikal.

    Itulah sebabnya saya sendiri sentiasa menasihatkan mereka yg baru memeluk Islam agar merahsiakan keislaman mereka kpd semua org, termasuk rakan2 mereka, selain hanya bbrp org tertentu yg perlu mengetahuinya. dlm byk kes, masalah yg dihadapi oleh para muallaf dtg drp org muslim sndiri yg gagal memahami kondisi muallaf dgn baik.

    Rakan saya, seorang lelaki India merahsiakan keislamannya drp ibu bapanya selama 10 thn. Itu pun keislamannya hanya terbongkar setelah dia menyertai program realiti tv "Cari Menantu". Pada ketika itu umur beliau 28 tahun. (sila rujuk sini)

    Oleh demikian, selagimana sis belum sedia utk bgtau, lebih baik jgn bgtau, tanpa mengira berapa lama sekalipun.

    sebenarnya ada byk "tricks" yg boleh digunakan.. spt bgmana nk beribadah d rumah, bgmana nk 'memanfaatkan' masa d church, masalah makanan etc.

    namun, dlm kes sis ini, saya x dpt nk komen panjang kerana x mengetahui latar-belakang perkara ini dgn detail. nasihat saya, bincanglah perkara ini dengan mereka yang berpengalaman serta benar2 arif ttg isu2 bkaitan para muallaf.

    Di Perkim Ampang, kami ada beberapa orang "Dakwah Consultants" yang insha Allah sedia membantu. Sis bolehlah menghubungi mereka di nombor2 di blog saya.

    Wassalam.

    -Firdaus
    Strategic Advisor, Perkim Ampang, KL.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Farah,
    Let's look at the bright side, k.
    1. Sis sudah beragama Islam, tiket syurga sudah ditempah..insyaAllah kalau dijemput Allah pun tetap mati sebagai Muslim walaupun dikebumi sebagai nonMuslim.

    2. Walaupun keluarga belum tahu itu bukan bermakna mereka akan terus menyingkirkan sis dari rumah atau memutuskan hubungan selama-lamanya apabila rahsia terbongkar. Dan kak percaya masa yang akan ditentukan oleh Allah untuk keluarga mengetahuinya adalah sebaik-baiknya untuk sis, maka bersabarlah dengan ujian ini. Yakin dengan pilihan dan ketentuan Allah kerana mungkin hari ini sis rasa tertekan tetapi ia mungkin yang terbaik untuk sis pada waktu sekarang.

    3. Alhamdulillah kemudahan internet dan blog banyak membantu mualaf sekarang berbanding 20 tahun lalu. Walaupun terputus hubungan langsung dengan muslim lain, sis masih boleh mendekati Islam dan bermusyawarah dengan kami secara online, bukan? Gunakanlah dengan sebaiknya, ya.

    4. Iman seorang Muslim ada turun naiknya. Kesedihan perkara biasa tetapi janganlah berputus asa dari rahmatNya. Cuba bayangkan kemungkinan yang paling buruk berlaku pada diri sis, dan bandingkan dengan keadaan sis sekarang,yang sihat yang ramai kawan Islam yang bijak yang berpelajaran tinggi yang sudah Islam, tentu banyak rahmat yang diberiNya bukan?

    4. Berfikirlah secara positif dengan ujian dan cubaan dari Allah kerana boleh jadi ia satu hadiah atau pemberian.Allah tidak akan membiarkan umatNya tanpa bantuan di dunia dan apabila berjaya bersabar dalam ujianNya insyaAllah ganjarannya akan berlipat ganda di akhirat nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Speak good, or remain silent. (Bukhari & Muslim)

Popular posts from this blog

A revert's thoughts on LGBTQ

First of all, what does LGBTQ stands for?  L = lesbian G = gay B = bisexual T = transgender Q = queer I am pretty sure everyone's familiar with the first 4 sexual orientation but what about the last one? Queers are people who are not sure of their own sexual identity.  So what does it mean to belong to the 5 sexual orientation? Let's just assume I am secretly a lesbian. So how would you react to that?  Do you judge me?  Or do you accept me as I am? I got married with a man and have 2 kids as a result of the marriage, there's nothing wrong with that isn't it? I am doing nothing wrong despite having an against the fitrah inclination towards the same sex.  It will only become wrong if they chose to act on their sexual orientation.  They claim that the sexual orientation is a result of nature and nothing can be done to change it. Like in a transgender's case, they think that "God made a mistake and switched their ge...

My dad's turn

because ALLAH is with me.... Earlier today i was shocked by a text message sent to me from one of my aunt from my dad's side. "Why didn't you tell me that you've become a Muslim? Sampai hati tak bagitau, bukan perkara tak baik pun." This raised a question mark in my head. Who told her? She's a Muslim by the way. Then onwards, after a few exchanging text messages, i finally come to a realization. I have to tell my dad before he found out from someone else. That would be worst. So, i started to type on my cellphone. "Daddy, i've become a Muslim. Ever since i'm at KTT. I am telling you via sms so that you will be clear of why i am doing this and so that you will not hear this from other people who might exaggerate the story. I didn't become a Muslim because i have a boyfriend. Not because i was influenced by my friends. And also not because i wanted to join PAS. But because i have taken interest in Islam ever since i'm at...

Mummy

Finally, after 1 and a half years(maybe more), the truth is out. I confessed to my mum about me being a Muslim. When I first told her, she was upset and angry. She asked me: Who influenced you into being one? Did u have a boyfriend? Who converted you? Did you know that it’s a big sin to convert when you are already baptized?! I was silent all the while she was bombarding me with her questions but Alhamdulillah, I feel calm and unmoved. I didn’t feel guilty at all. So I told her, Mummy, nobody forced me to become one. No, that is not the reason I become a Muslim. Do you notice that I’ve become more closer to you since past one and a half years?  And my mum said yes, you’ve become better but still… Then I said, it is because of Islam that I changed from my old ways. I used to yell at you but since I became a Muslim, I learned how to be better, to appreciate my parents better. And then she said something I expected she would say. No wonder you didn’t pass your ...