Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil 3Alamin.
Syukur kepada ALLAH kerana kurnia hidup yang dianugerahkanNya untuk saya kembali menulis di sini.
Semoga titipan daripada kisah hidup saya yang seakan fairy tale ini mampu menggerakkan jiwa-jiwa yang mencari perubahan dan semoga entri kali ini bermanfaat. Janganlah diperhitungkan entri-entri yang lepas kerana saya juga, seperti kamu, masih dalam fasa perubahan, masih dalam proses metamorfosis untuk menjadi hamba terbaik kepada ALLAH s.w.t. InshaALLAH.
Seperti yang kalian sedia maklum, kedua-dua ibu bapa saya sudah mengetahui keIslaman saya dan reaksi kedua-duanya begitu bertentangan. Ibu saya tidak mahu menerima hakikat yang saya sudah menjadi Islam dan masih mencari-cari sebab kenapa Islam begitu istimewa di mata saya. Namun ibu saya masih menerima saya sebagai anak dan itu sudah cukup untuk saya. Sebaliknya bagi ayah saya. Ayah saya langsung tidak menerima hakikat itu lalu mengambil keputusan untuk tidak mempunyai kaitan dengan saya. Bagi saya, itu adalah satu rahmat kerana daripada itu, saya belajar untuk terus tabah dan berdikari. Saya tidak mahu memanjakan diri saya kerana untuk menjadi daie, saya tidak boleh manja.
Malam kelmarin, saya mendapat SMS dari ibu saya yang bertanyakan khabar saya di sini. Hati saya melonjak gembira kerana biasanya saya yang akan bertanyakan khabarnya dahulu, semenjak saya mendedahkan keIslaman saya. Alhamdulillah, akhlak Islam yang saya tunjukkan membawa hasil. Dan tidak mustahil, sekiranya saya terus menghantar SMS kepada ayah saya, akhirnya dia akan membalasnya juga. InshaALLAH.
Sabda Nabi s.a.w. :
Dia menceritakan bagaimana selama ini dia bergaul dengan orang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam, lantas langsung hatinya tidak tertarik untuk memeluk Islam. Namun pada suatu hari dia terpanggil untuk pergi ke sebuah kem ibadah yang dianjurkan untuk orang Islam. Dan di situ, rata-ratanya betul-betul mengamalkan ajaran Islam dan subhanALLAH, pada malam itu juga, hanya dengan melihat akhlak Islam yang sebenar, dia membuat keputusan untuk memeluk Islam.
Jadi di sini, kita lihat balik akhlak kita. Sebelum itu, apakah definisi akhlak?
Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu Khuluqun yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat.
Sengaja saya meng'highlight'kan tabiat supaya senang untuk kita bermuhasabah. Maknanya, sekiranya, tabiat kita adalah suka mengungkapkan kata-kata yang keji, maka itulah akhlak kita.
Ketahuilah akhlak mulia adalah implikasi dari iman. Tahap iman kita akan ditunjukkan melalui akhlak kita.
Bermaksud, jauh daripada perbuatan yang keji itu adalah akhlak sembahyang. Oleh sebab itulah, sembahyang adalah menjadi kewajipan kepada kita. Sembahyang juga merupakan tiang agama. Maka apabila sembahyang pun kita tak jaga, macam mana nak jaga yang lain-lain?
Begitu juga dengan akhlak, sekiranya akhlak kita buruk, bagaimanakah nilai agama kita? Sehinggakan ada yang menjadi fitnah kepada agama sendiri. Perkara itu yang kita tidak mahu untuk terjadi pada diri kita sendiri.
Sabda Nabi s.a.w.:
Dan bagaimanakah untuk mendapat panduan akhlak yang mulia?
Sudah tentulah role model kita, Rasulullah s.a.w., kekasih kita, junjungan besar kita.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan matlamat pertama perutusan Baginda dan manhaj yang jelas dalam da3wahnya.
Sabda Baginda s.a.w.,
ALLAH juga memuji Nabi s.a.w. Dia menyatakan,
Sesungguhnya ALLAH memerintahkan orang-orang Islam agar meneladani kemuliaan dan keindahan peribadi Rasulullah s.a.w.
Bermuhasabahlah setiap kali kita merasakan diri kita sudah baik. Itu tanda-tanda yang menunjukkan kelemahan iman kita. Begitu juga apabila kita merasakan diri kita lebih baik dari orang lain. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak diredhai ALLAH s.w.t.
Apabila memperhambakan diri kepada manusia, hati kita terasa pedih dan perit. Namun lain pula apabila kita memperhambakan diri kepada ALLAH, hati kita menjadi tenang dan bahagia. Indahnya Islam.

Akhlak mulia mencairkan kesalahan sebagaimana air mencairkan air batu. Akhlak yang buruk merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu. (Riwayat al-Baihaqi)Di sini saya teringat 'talk' yang disampaikan oleh Baba Ali, seorang revert di UK(if i'm not mistaken), yang menceritakan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam. Anda boleh cari videonya di youtube. Just search for Ummah Films. :)
Dia menceritakan bagaimana selama ini dia bergaul dengan orang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam, lantas langsung hatinya tidak tertarik untuk memeluk Islam. Namun pada suatu hari dia terpanggil untuk pergi ke sebuah kem ibadah yang dianjurkan untuk orang Islam. Dan di situ, rata-ratanya betul-betul mengamalkan ajaran Islam dan subhanALLAH, pada malam itu juga, hanya dengan melihat akhlak Islam yang sebenar, dia membuat keputusan untuk memeluk Islam.
Jadi di sini, kita lihat balik akhlak kita. Sebelum itu, apakah definisi akhlak?
Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu Khuluqun yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat.
Sengaja saya meng'highlight'kan tabiat supaya senang untuk kita bermuhasabah. Maknanya, sekiranya, tabiat kita adalah suka mengungkapkan kata-kata yang keji, maka itulah akhlak kita.
Ketahuilah akhlak mulia adalah implikasi dari iman. Tahap iman kita akan ditunjukkan melalui akhlak kita.
Dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (Al-Ankabut :45)
Bermaksud, jauh daripada perbuatan yang keji itu adalah akhlak sembahyang. Oleh sebab itulah, sembahyang adalah menjadi kewajipan kepada kita. Sembahyang juga merupakan tiang agama. Maka apabila sembahyang pun kita tak jaga, macam mana nak jaga yang lain-lain?
Begitu juga dengan akhlak, sekiranya akhlak kita buruk, bagaimanakah nilai agama kita? Sehinggakan ada yang menjadi fitnah kepada agama sendiri. Perkara itu yang kita tidak mahu untuk terjadi pada diri kita sendiri.
Sabda Nabi s.a.w.:
Sesungguhnya perbuatan jahat dan ungkapan keji bukanlah daripada (ajaran) Islam. Islam seseorang yang paling baik ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. (Riwayat at-Tirmizi)
Dan bagaimanakah untuk mendapat panduan akhlak yang mulia?
Sudah tentulah role model kita, Rasulullah s.a.w., kekasih kita, junjungan besar kita.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan matlamat pertama perutusan Baginda dan manhaj yang jelas dalam da3wahnya.
Sabda Baginda s.a.w.,
Hanyasanya saya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
ALLAH juga memuji Nabi s.a.w. Dia menyatakan,
Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (al-Qalam: 4)
Sesungguhnya ALLAH memerintahkan orang-orang Islam agar meneladani kemuliaan dan keindahan peribadi Rasulullah s.a.w.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)
Bermuhasabahlah setiap kali kita merasakan diri kita sudah baik. Itu tanda-tanda yang menunjukkan kelemahan iman kita. Begitu juga apabila kita merasakan diri kita lebih baik dari orang lain. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak diredhai ALLAH s.w.t.
Apabila memperhambakan diri kepada manusia, hati kita terasa pedih dan perit. Namun lain pula apabila kita memperhambakan diri kepada ALLAH, hati kita menjadi tenang dan bahagia. Indahnya Islam.
Alhamdulillah kerana hidayahMu, kerana jika tidak Engkau kasihan kepadaku, sudah pasti aku sudah hanyut dibuai kenikmatan dunia yang tiada nilainya berbanding syurga yang kekal.
الحمدلله
ReplyDeletePerbanyakkan "quoting" ayat-ayat quran dan juga hadith-hadith. ini menunjukkan bahawa islam itu benar dan datang hanyalah dari ALLAH s.w.t..
tidak lain dan tidak bukan quran dan sunnah baginda adalah ikutan kita
sentiasalah bersyukur dan bersyukur terhadap pemberian NYA. sesungguhnya nikmat ALLAH tidak terhitung baynaknya.
lihatlah mereka yang sentiasa dibawah kita dalam setiap aspek sama ada kekayaan, iman, dan segala2nya..
sesungguhnya telah banyak nikmat yang kita dapat maka perbaynkkkan lah syukur kepadanya
"فبايءالاء ربكما تكذبان"