Selalu orang tanya, "Macam mana parents sekarang?". Kadang-kadang saya jawab berterus-terang dengan nada tanpa perasaan, dan kadang-kadang saya jawab dengan nada bergurau, "Ala, macam dalam cerekarama dalam TV. Nanti lepas beberapa tahun, kan dalam TV dia dah beraya dengan mak ayah. Betul tak?" Kadang-kadang saya berjaya menerbitkan senyum pada wajah mereka, tidak kurang juga yang menggeleng kepala kerana tingkah saya yang sedikit keanak-anakan. Namun ada segelintir yang menarik riak berlawanan, dan menepuk bahu saya perlahan-lahan sambil mengingatkan, "Farah, bawak bersabar ya." seolah-olah memahami loyar buruk yang saya persembahkan semata-mata lakonan untuk menutup realiti duka yang sedang saya tanggung.
Kadang-kadang kesedihan itu bertukar menjadi marah, namun marah itu ditelan bulat-bulat, khuatir akan terlampias pada orang sekeliling.
Nabi Muhammad bersabda:
“Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Untuk mengatasi perasaan demi perasaan yang mendatang sudah cukup menguji kesabaran diri, apatah lagi apabila diuji dengan kesedihan sedia ada, ditambah kesunyian dari hari ke hari yang semakin menggigit sehingga ke dalam tulang hitam. Betapa peritnya hati menanggung, namun ditelan saja. Saya fikir, ALLAH sengaja menguji saya pada aspek kelemahan saya, iaitu dalam erti kata kesabaran. Kesabaran yang sebenarnya. Bukan 'sabar' yang di mana setelah puas memaki hamun, berkata, "Sabar je la aku." Bukan, itu bukan sabar kerana sabar itu pada permulaan. Pada permulaan. Begitu sukar, namun ganjarannya besar bagi orang-orang yang bersabar. Ya, ganjarannya besar.
Saya orang baru, tapi, kadang-kadang terlintas dalam fikiran, kenapa ALLAH tidak mudahkan untuk saya, sedangkan saya masih agak baru memeluk Islam. Aqidah saya masih rapuh, ibadahnya masih goyah, kefahamannya masih rendah, bukankah kebarangkalian untuk saya keluar dari Islam itu akan menjadi semakin tinggi sekiranya awal-awal sudah bersusah-susah? Tetapi saya redha, kerana saya beranggapan, ALLAH menjadikan dugaan itu susah untuk saya, kerana Dia tahu saya 'susah' untuk keluar dari Islam. Saya meletakkan tanggapan sedemikian, kerana dari itu saya seolah-olah mendapat semangat untuk terus berjalan, meskipun dugaan yang saya hadapi seolah-olah menjadi batu penghalang, menghempap ke atas kepala, tanpa memberi ruang untuk berfikir.
Terkadang saya terjelepuk jatuh, kerana terasa sukar untuk memikul beban yang diletakkan namun segalanya pasti berbaloi. Saya pasti ALLAH tidak akan mensia-siakan hambaNya yang bersyukur, yang bersabar dengan qada' dan qadar yang telah Dia tetapkan. Bukankah meyakini qada' dan qadar itu salah satu cabang iman? Berimanlah Farah, kerana tanpa iman segalanya tidak bermakna. Segalanya tidak bermakna....
Balasan atas Kesabaran :
• Allah menyertai orang-orang sabar
• Allah sayang kepada mereka yang sabar
• Orang-orang Sabar memperoleh berkah yang sempurna, rahmat dan petunjuk
• Orang sabar memperoleh pahala lebih baik dari apa yang dikerjakan
• Orang sabar pahalanya dicukupkan tanpa batas
• Orang sabar dijanjikan pertolongan Allah
• Orang sabar memperoleh darjat kepimpinan dalam deen
• Orang sabar dipuji Allah sebagai manusia utama
• Allah melindungi orang sabar dari tipu daya musuh
• Orang sabar layak masuk syurga
• Orang sabar dapat mengambil pelajaran dari sejarah
The greatest joker always had something to hide.

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”. (QS. Al-Baqarah 2:153)
• Allah sayang kepada mereka yang sabar
“Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (QS. Ali Imran 3:146)
• Orang-orang Sabar memperoleh berkah yang sempurna, rahmat dan petunjuk
“Dan berikanlah berita gembira bagi orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Baqarah 2:155)
“Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Robbnya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah 2:157)
• Orang sabar memperoleh pahala lebih baik dari apa yang dikerjakan
“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”(QS. An-Nahl 16:96)
• Orang sabar pahalanya dicukupkan tanpa batas
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
(QS. Az-Zumar 39:10)
• Orang sabar dijanjikan pertolongan Allah
“Ya, jika kamu bersabar dan bersiap-siaga dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda”. (QS, Ali Imran 3:125)
• Orang sabar memperoleh darjat kepimpinan dalam deen
“Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan selalu meyakini ayat-ayat Kami.” (QS. As-Sajadah 32:24)
• Orang sabar dipuji Allah sebagai manusia utama
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.” (QS. Ali Imran 3:186)
• Allah melindungi orang sabar dari tipu daya musuh
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (QS. Ali Imran 3:120)
• Orang sabar layak masuk syurga
“Mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya”.
(QS. Al Furqaan 25:75)
• Orang sabar dapat mengambil pelajaran dari sejarah
‘Kami jadikan mereka buah mulut dan Kami hancurkan mereka sehancur-hancurnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang sabar lagi bersyukur.”
(QS. Saba’ 34:190)
SubhanAllah3x..
ReplyDeleteawak mesti seorang yang sangat hebat :)
sebab Allah menguji orang yang DIA sayang untuk menjadikan orang itu lebih hebat dan of course untuk menguatkan imannya..
Allah tahu, awak mampu, dats why He choose you ^^
tak pernah berjumpa dengan kamu..tapi harap jika tak didunia, moga kita kan bertemu di syurga :)) berjiran mungkin <3<3
ukhuwah fillah~~~
hug from okayama, japan (^0^)/
:)
ReplyDeleteThanks for the virtual hug sis. I need that. :') InshaAllah I'll keep being strong, because that's the only option anyway. :) May Allah bless u. :)