Hari ini, saya telah membuka rahsia keIslaman saya pada seorang lagi ahli keluarga yang boleh dipercayai, iaitu Mak Usu. Saya memang sangat rapat dengan Mak Usu. Kami seperti adik-beradik kandung biarpun hakikatnya saya adalah anak kepada abang sulungnya. Dia juga telah menjadi seorang muallaf sejak tahun 2004, iaitu ketika saya di Tingkatan 2. Dia kini berusia 27 tahun.
Kisahnya bermula begini...
Semasa saya dan Mak Usu sedang menikmati ABC di pasar Dalat hari ini, saya terdetik untuk bertanya pendapat pakcik saya yang merupakan abang Mak Usu saya yang terakhir,tentang keinginan saya untuk memaklumkan kepada Mak Usu saya tentang keIslaman saya. Saya menghantar sms kepada pakcik dan alhamdulillah, beberapa saat kemudian, saya menerima sms daripada pakcik. Jawapannya pendek sahaja namun cukup untuk menguatkan keyakinan saya untuk mengorak langkah untuk merungkai rahsia saya kepada Mak Usu.
" Usu, saya ada sesuatu nak bagi tau ni."
Usu memandang wajahku sekilas.
" Nak bagi tau apa?"
Tiba-tiba makcik dari Sarikei menelefon Mak Su.'Aiseh, potong arrr...'. Dalam diam saya menetapkan, sekiranya Mak Su bertanyakan hal ini, barulah saya memberitahu, sekiranya tidak, mungkin ia petunjuk dari Allah agar tidak memberitahu Mak Su buat masa ini. Setelah habis makan, kami pulang ke rumah dan Mak Su mula mengemaskan barang-barang yang telah dibeli sebentar tadi. Tidak lama kemudian makcik datang dari kampung seberang kerana saja-saja bertandang ke rumah.'Sheesh, potong lagi...adui'.Saya pun melangkah ke ruang tamu lalu berbaring di atas sofa sambil merenung kipas yang ligat berpusing-pusing di atas siling.
1 jam kemudian,
Saya dikejutkan oleh nenek kerana tertidur. Mungkin saya tertidur kerana penat menemani Mak Su membeli barang-barang runcit tadi. Kemudian saya pergi ke bilik Mak Su dan Mak Su pun duduk di birai katil.
" Nak bagi tau apa tadi?"
Wajah Mak Su direnung. 'Aiseh, camne nak cakap ni...'
" Sebenarnya...saya dah masuk Islam."
Wajah Mak Su masih tenang.
"Jadi?"
Saya dapat rasakan mulut saya ternganga seakan tidak percaya mendengar jawapan yang singkat lagi mengelirukan dari mulut Mak Su.Ya Allah, bukan keadaan ini yang saya jangkakan. Macam sudah terbalik. Sepatutnya Mak Su yang terkejut, tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku.
"Eh..macam mana???"
Soalan saya terhenti di situ. Saya begitu buntu.
" Dapat agak. Tadi kan aku ada tanya pasal loket ko. Aku saja je nak test. Aku dah agak dah. "
" Pakcik yang bagi tau ke?"
" Takla, dulu kan ko pernah cerita ko minat dengan Islam. Dah agak dah. "
Saya menghembus nafas lega kerana begitu mudah sekali penerimaan Mak Su saya terhadap berita 'panas' yang baru sahaja saya sampaikan. Alhamdulillah. Setelah memberi kata-kata nasihat, Mak Su menyuruh saya bersiap kerana dia akan menghantar saya pulang ke rumah. Saya akur dan tiba-tiba terdetik di hati, 'Nampak sangat ke perubahan aku?' Setelah itu, saya terus bertanyakan Mak Su tentang persoalan yang berlegar-legar di minda. Alhamdulillah, jawapan yang saya terima cukup untuk meyakinkan saya bahawa 'lakonan' saya sepanjang saya berada di rumah begitu mantap dan berkesan sehinggakan dia tidak dapat membezakan antara diri saya yang dahulu dan sekarang.
Mungkin ada di antara kalian yang tertanya-tanya, bagaimana saya boleh berani mengemaskini blog sedangkan dalam post saya yang lepas, saya telah menyatakan mungkin saya tidak dapat untuk meng'update'. Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya, pada waktu ini, kesemua ahli keluarga saya telah pun tidur, so it is safe for me to go online. Konklusinya, cuti kali ini banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada diri yang lemah ini dan saya amat tidak sabar untuk pulang ke kolej dengan menaiki pesawat AK 5193 pada jam 1320 hari ini. Doakan keselamatan saya. InsyaAllah.
Sekian untuk post kali ini dan wassalam. Sehingga bertemu lagi. ;)

may Allaj give u strength in the times u need it..
ReplyDelete