"Pada akhir perjalanan kamu nanti, kamu mesti ingat hari ini."
Saya masih menahan air mata supaya tidak jatuh. Saya berusaha untuk cuba mengetap bibir supaya saya tidak menangis. Melihat saya senyap tanpa kata, dia meneruskan bercakap.
"Kamu mesti ingat hari ini kerana suatu hari nanti, segala-galanya akan selesai. Betul?"
Saya mengangguk. Masih diam.
"Suatu hari nanti akan ada Muslim reverts yang baru masuk Islam, dan mereka akan menghadapi cabaran di awal mereka memeluk Islam dan pada masa itu, mereka memerlukan someone untuk bagi kaunseling pada mereka agar mereka terus tabah menghadapi perjalanan mereka."
"Thank you for your advice."
Dia mengangguk senyum. Dua orang lagi yang berada di situ hanya diam sedari tadi. Pertemuan kami berakhir pada petang itu dan saya meminta diri kerana dia akan meninggalkan bumi Kelantan dalam masa beberapa jam lagi. Tidak mahu mengganggu.
Brother itu tidak asing lagi dalam bidang Comparative Religion. Berlatar belakangkan keluarga Hindu, beliau bertemu Islam dan bergiat aktif dalam bidang dakwah. Sungguh, saya ingin menjadi seperti beliau. Saya dibawa oleh seorang senior untuk berjumpa dengannya untuk meminta nasihat dan cara untuk saya melalui kehidupan saya yang kini agak sempit dan menekan.
Cuma satu perkara yang saya tidak jangka akan muncul dari mulut beliau adalah apabila beliau menyuruh saya balik ke rumah. Mendengar penjelasannya, saya tahu, sememangnya itu perkara yang harus saya lakukan namun bila ditanya, saya mula sebak. Saya begitu gusar memikirkan apa yang akan berlaku setelah kembalinya saya ke rumah.
Sungguh ya ALLAH, hambaMu ini takut.
Setelah pertemuan dengan brother S, saya masih cuba untuk menenangkan hati sehingga ke hari ini.
"Now, all you have are assumptions. Mungkin keadaan tidak akan menjadi seteruk yang kamu sangka."
Saya mengangguk, namun hati saya seperti mahu menggeleng, menidakkan apa yang beliau katakan. But deep down, I know, he's right.
Balik ke rumah bermakna saya akan melalui satu lagi perjalanan perit dalam hidup saya dan dalam keadaan sekarang, saya rasa tidak mampu untuk berbuat demikian, bukan kerana saya tidak percaya ketentuan ALLAH namun lebih kepada kesediaan saya. Saya masih belum bersedia. Iman saya masih berada di tahap yang rendah. Namun sekali lagi saya berdialog dengan diri sendiri, mengingatkan diri bahawa, saya pernah melalui tempoh yang menggugat iman dan perasaan, kenapa mesti mengalah sekarang?
Saya kuat. Saya tahu, saya mampu kerana jika tidak, tidak mungkin ALLAH akan memandu saya ke jalan ini. Tidak mungkin ALLAH akan meninggalkan saya. Tidak boleh tidak, saya harus juga melalui perjalanan yang sudah saya ketahui penuh dengan duri dan rintangan.
'Apa nak jadi, jadilah!' Itu ikrar saya saat saya memutuskan untuk memeluk Islam.
So why stop now? Kenapa berhenti sekarang? Kenapa tiba-tiba kamu menjadi takut? Soalan demi soalan menghentam jiwa yang dirundung pelbagai prasangka.
Semua ini kerja Syaitan laknatullah yang tidak putus-putus mahu menyesatkan! Kenapa mesti kalah pada hasutan Syaitan sekarang?
"Jadi, boleh kamu cuba pulang ke rumah? Can you do that?"
"InshaALLAH."
Tanpa saya sedari, saya telah mengikrarkan satu janji pada diri sendiri.
That i will try to go back home.
That i will try to face my dad and my Christian friends and the community.
That i will try to make things better.
Ini usaha saya untuk berdakwah. Biarlah saya dicerca dan dipukul sekalipun, namun Islam tetap pilihan saya sampai bila-bila. Nikmat mencintai ALLAH terlampau manis sekiranya dibandingkan dengan kemanisan dunia yang sementara. Maka menjadi tanggungjawab saya untuk turut mengajak keluarga saya merasai kemanisan itu, menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing mereka ke jalan yang benar.
Fainna ma’al ‘usri yusra!
Inna ma'al 'usri yusra!
InshaALLAH...

Ya ALLAH, aku mohon untuk meminjam kekuatan dariMu, agar aku kuat sebagaimana aku telah melalui dugaanMu sebelum ini.
Fainna ma’al ‘usri yusra!
Inna ma'al 'usri yusra!
InshaALLAH...
Al-Inshirah
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam)
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

Alangkah getirnya perjalanan Farah untuk Allah dan Islam! Ummi rasa terharu membacanya.
ReplyDeleteTeruskan perjalanan Farah untuk Allah dan Islam.
Allah pasti membantu dan memberi petunjuk serta jalan keluar.
Bukankah semua ini dilakukan demi kerana Nya?
Demi mencari keredhaan Nya.
Tetapkan hati mu , ummi sentiasa mendoakan dan pastinya kemanisan iman hanya dapat dirasai selepas ujian demi ujian.
jazakallahu khairan ummi. :')
ReplyDeleteinshaALLAH ameen. syukran 'ala du'a.:)
salam farah...hehe..
ReplyDeletejgn risau ok..insyaAllah,ko kuat..
ingt,andai kita dibenci seisi dunia sekali pun,Allah tetap akan brsama2 hamba-Nya,selagi kita brgantung pd-Nya..ujian2 ni mmgla berat,ak pun xtau ak mmpu ke x nk hadapinya kalo ak kat tmpt ko,tp ingtla,kami akan sntiasa doakan ko..we're sorry coz we can't be there for u,but there's still a lot more people yg sygkan ko kat sana..moga suatu hari nnti family ko pun akan trima hidayah,jgn ptus asa tau..ko actually bruntung,sbb ko dpt peluang utk mmprjuangkan kesucian Islam,utk mmprtahankan akidah ko..iman ko diuji,tp ingat,slps kesusahan akan ad ksenangan..ingt kisah Bilal bin Rabah,Sumaiyah n rmai lg syuhada',ujian diorg lg berat,diseksa dgn kejam,tp balasannya adalah Syurga..please be strong..u can do it..ana uhibbuki lillah..
Asalamualaikum..
ReplyDeleteMembaca post ini menyebabkan saya teringat suatau hadis nabi:
"Manusia itu seperti galian emas dan perak, yang terbaik antara mereka di zaman Jahiliyah ialah yang terbaik ketika dalam keadaan Islam apabila mereka memahami (islam)"
semoga umat ini mendapat rahmat dengan kehadiran orang2 seperti anda,,fastaqim kama umirta