Skip to main content

Maulud Rasul

Hari ini kepingin pula mahu menulis dalam Bahasa Melayu. Nak memartabatkan dan memasyarakatkan Bahasa Melayu la katakan.

InshaALLAH dalam masa beberapa hari lagi ummat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Maka apakah persiapan kita untuk hari itu? Atau adakah masa tu kita dalam keadaan post-Valentine syndrome?

Seperti yang sedia ada diketahui, dan kalau ada antara kita yang lupa, hari kelahiran Rasulullah s.a.w merupakan tarikh yang penting dalam kalendar kita dan adalah penting untuk kita mengingati tarikh ini. Kalau tarikh Valentine yang tak signifikan bagi ummat Islam tu ingat tapi Maulud Nabi tak ingat, there must be something wrong with you.

Namun hari ini, bukanlah saya menulis untuk memperingatkan tentang kenapa Maulud Nabi disambut dan sebagainya. Itu saya serahkan pada ustaz-ustaz yang lebih faham tentang hikmah hari itu sebab kalau saya nak tulis berkenaan Maulidur Rasul, seryesly saya tak tau nak cakap pasal apa. Terus terang cakap. Masih banyak yang perlu saya belajar. Yang saya tau, masa kelahiran Nabi macam-macam jadi. Tentera Abrahah bergajah nak memusnahkan Kaabah tapi ALLAH turunkan burung-burung Ababil yang menghujani tentera Abrahah dengan batu sampai hancoq habis depa semua. Yang saya tau jugak masa tu, api yang disembah kaum Majusi selama beberapa tahun tiba-tiba terpadam. Dan pada pandangan saya, sekali lagi saya ulang, pada pandangan saya, kita kena sambut Maulidur Rasul ni sebab kita sayang Nabi kan, so kena la sambut birthday dia. Macam tu. Kalau birthday kawan sambut tapi Maulud Nabi tak sambut, tak elok la macam tu.

Lagipun kan Rasulullah pernah bersabda, (tak ingat hadis riwayat apa), tidak akan sempurna iman seseorang itu melainkan setelah aku lebih dia cintai berbanding dirinya sendiri.

Itu pada pendapat saya. Pendapat ulama' saya tak tau.

Tapi jangan disamakan saya dengan anda. Anda dah bertahun-tahun belajar tentang Islam, siap belajar dekat sekolah lagi Pendidikan Agama Islam. Siap dapat A1 lagi, atau A+. Sekurang-kurangnya, kalau non-Muslim tanya, kenapa anda sambut Maulidur Rasul dan apakah signifikannya, sekurang-kurangnya anda boleh cakap serba sedikit paling kurang. Ke tak? Again, there must be something wrong with you.

Kalau pasal agama sendiri tak peka, macam mana nak dakwah orang? Betul tak? Ke tak betul?

Apa-apa pun, setiap kali tibanya Maulud Rasul, tidak boleh tidak, saya pasti akan teringat satu peristiwa masa sekolah dulu.



4 tahun yang lalu....


(cey, macam dalam drama Melayu TV3 je)


"Wey, esok Maulidur Rasul kan?"
"Haah, kenapa?"
"Aku kena berarak sekali ke?"
"Ikut suka ko la. Aku rasa non-Muslim tak wajib pun."


S(bukan nama sebenar) berfikir sebentar. Tahun itu adalah tahun terakhirnya di sekolah itu. Apa salahnya kalau tiba-tiba aku nak join? Macam best jeee. Monolognya sendiri di dalam hati. Tapi ada satu perkara yang bermain-main dalam fikirannya. Terus dia menyibuk kembali di katil sahabat sedormnya.


*dorm = dormitory


"Tqah(bukan sama sebenar), kalau aku nak pakai tudung kan esok, boleh tak?"
"Ikut suka ko la." 


S buat muka toya melihat keslamberan Atiqah menjawab soalannya. Ceh, jawapan standard, S berkata sendiri dalam hati. Cakap kuat-kuat ada kena ketuk jap agi. Huhu.


"Alaaa...cakap la betul-betul. Macam pelik je kalau aku pakai." 


S terus mendesak. Bersungguh benar nampaknya. Atiqah yang sedari tadi melipat kain berhenti melipat dan terus memandang straight ke arahnya.


"Ok, ko nak pakai ke tak nak?" 
"Nakkkk."
"Then, PAKAI JE LA." Mak aih, garangnye. 
"Ok, aku nak pinjam tudung siapa?" Atiqah angkat kening. S terkebil-kebil. 
"Oh, ok, dah depan mata. Of course pinjam tudung ko kan?"  S buat muka comel. Atiqah tak layan. Ceh.


S bingkas bangun dan terus menuju ke dorm kawannya, Nozie(juga bukan nama sebenar) untuk meminta pendapatnya pula. Nozie yang ketika itu sedang duduk-duduk melipat kain(apasal semua orang lipat kain ni?) terkejut dengan sepasang mata yang tiba-tiba muncul dari tepi katil. *Nozie duduk katil atas. Katil tu katil tingkat.*


"Nozieeee, nak tak teman aku berarak Maulidur Rasul esok?"
"Ape kes tiba-tiba?"
"Yelaaa, nanti aku sorang non-Muslim. Ko pun join la jugak. Kata sahabat sejati."
"Boleh ke?"
"Boleeeehh. Sebab tu aku nak. Alaa, jomla, jomla."
"Haish...aku..." Nozie berhenti melipat. S panjat katil. S masih cuba memujuk.


"Pastu kan, aku nak pakai tudung. Ko pakai la sekali." Nozie buat muka nampak pocong. Biar betul kawan aku ni?
"Ko demam ke?" Nozie terus meraba-raba dahi S. Pelik, ok pulak temperature dia ni. S menepis tangan Nozie.
"Betul la. Aku serius ni." Melihat S yang bersungguh-sungguh, Nozie akhirnya mengalah dan bersetuju dengan cadangan gilanya. S balik bilik. Tak sabar nak tunggu hari esok.


Keesokan harinya,


setelah memakai tudung berwarna ungu yang dimatchkan dengan baju kurung warna ungu, S tiba-tiba panik. Betul ke aku ni? Macam malu je nak keluar macam ni.


"Tqah, ko jangan tinggal aku. Aku maluuuu." Muka S mula pucat. 
"Laa..tapi aku nak kena siapkan kerja sikit. Nak tengok persiapan budak-budak ni." 
[Fakta : Atiqah ketua perempuan untuk rumah sukan Al-Khindi. Al-Khindi punya theme colour warna purple.]


"Ok, ok, nanti aku cari ko." S meneruskan bersiap-siap. Selepas itu, dia mencari Atiqah. 
"Wey, nampak Tqah tak?" S bertanya Shakirah(bukan nama sebenar juga) yang kebetulan mahu keluar asrama. Shakirah buat double take.
"Eh, S????"
"Iye, aku la ni. Mana Tqah???" 
"Aku nampak dia kat kelas tadi."
"Okayh, okayh. Thanks." S terus berjalan cepat ke arah kelas 5 Jujur sambil menebalkan muka dengan tudung di kepala.


Sampai di kelas, kelihatan ada beberapa orang kawan-kawan sekelas yang sedang bersembang. 


"Nampak Tqah tak?" S terus bertanya pada mereka. Mereka berhenti bercakap dan keadaan menjadi senyap seketika.
"S?!" Oh God, not again. S dah kepala pusing. Malunyaaa. Keluar-keluar kelas, nampak Atiqah, S rasa lega. 
"Tiqaaaahhhhh!"
"Haa, sini pun ko. Aku punya la cari ko tadi." 
"Jom, jom pegi tapak perhimpunan." Belum pun sempat nak bergerak, tiba-tiba Lelaki 1(bukan nama sebenar) dan Lelaki 2(bukan nama sebenar) menegur Atiqah.( Nak cakap pasal apa entah. Tak ingat.) S terus menyorok di belakang Tqah. Of course, tindakan pandai sebegitu mengantoikan lagi diri sendiri. Ain(bukan nama sebenar) keluar dari kelas 5 Jujur right on time dan sambil menggawangkan kamera, dengan bisingnya berkata,


"S! Mana kau? Aku nak amek gamba ko pakai tudung."


ARGHHHH, S menjerit dalam hati. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan meninggalkan Atiqah terpinga-pinga, S terus berlari-lari menuju tapak perhimpunan menuju ke arah perbarisan al-Khindi.


"Eh, ko tak pakai tudung pun." S menegur Nozie yang sedang ralit berborak dengan junior.
"Aku malas. Nampak cam Indon."
"Habis la, memang aku sorang je pakai macam ni. Dari tadi berapa ramai dah terkejut tengok aku."
"No comment. Ko sendiri yang nak kan."
"Ah, biar la diorang nak cakap apa. Malas nak layan."


Setelah beberapa sesi terkejut tengok S pakai tudung, akhirnya perarakan bermula. S kena duduk depan sekali sebab dia pakai tudung dan sebab dia *ehem* pendek. Bila duduk depan sekali, giliran cikgu-cikgu pulak terkejut tapi kali ni S tak menggelabah. Dia duduk diam-diam dan senyum aje walaupun dalam hati dia rasa segan sangat masa tu. Selesai perarakan, nama homeroom terbaik diumumkan and guess who won?


Al-Khindi! :D


Tak sia-sia aku pakai tudung. S bermonolog lagi dalam hati. Balik-balik je, S terus lepak dorm Shakirah, tak bukak-bukak tudung langsung sampai petang. Seronok. :)


Untuk pengetahuan anda, sejak peristiwa mengada-ngada nak pakai tudung jugak tu, S menjadi semakin agresif menunjukkan minatnya terhadap Islam. S tak pernah bagitau kawan-kawan dia yang dia nak pakai tudung tu sebab dia nak tau apa perasaan pakai tudung. Alhamdulillah, bila dia try, dia rasa tak nak bukak-bukak sebab first time, dia rasa selamat. Dia jadi tak risau kalau orang pandang dia. Dia rasa lebih yakin dan rasa macam itu adalah keputusan gila terbaik yang pernah dia lakukan. Sejak itu jugak, dia selalu cari alasan untuk pakai tudung. Untuk dinner al-Khindi dia pakai tudung. Kadang-kadang bila ada kuliah subuh dekat surau SEMASHUR, S curi-curi pegi pakai tudung sambil pegang tangan Atiqah sebab takut orang perasan.(Atiqah tukang seludup pegi surau) *Thanks banyak-banyak Tiqah. Jaga diri kat UK sana.*
 Tapi Tqah cakap, takde orang perasan pun sebab semua tengah ngantuk. Masa kuliah subuh, S antara yang dengar betul-betul kuliah tu sedangkan hampir semua kawan-kawan Muslim semua pakat tido. 


Sampai satu tahap, ada satu malam, masa tu S nak tido, dia pandang keliling, takut orang nampak, dan dia tadah tangan, doa dekat ALLAH, mintak ALLAH sempatkan dia masuk Islam dan mudahkan jalan untuk dia masuk Islam. Alhamdulillah, S kini sudah menjadi Nur Farah Syakirah yang dari tadi asyik seronok menulis sampai dah berapa ratus patah perkataan dah ni.


Sekarang, dah tak malu dah bila nak pakai tudung. :)


Alhamdulillah.

"Barang siapa dikehendaki ALLAH akan mendapat hidayah(petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah ALLAH menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." [Maksud Al-An'am ayat 144]


Gembira dan bersyukur kerana hidayah kurniaanMu.

SubhanALLAH.

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah.

Comments

Post a Comment

Speak good, or remain silent. (Bukhari & Muslim)

Popular posts from this blog

A revert's thoughts on LGBTQ

First of all, what does LGBTQ stands for?  L = lesbian G = gay B = bisexual T = transgender Q = queer I am pretty sure everyone's familiar with the first 4 sexual orientation but what about the last one? Queers are people who are not sure of their own sexual identity.  So what does it mean to belong to the 5 sexual orientation? Let's just assume I am secretly a lesbian. So how would you react to that?  Do you judge me?  Or do you accept me as I am? I got married with a man and have 2 kids as a result of the marriage, there's nothing wrong with that isn't it? I am doing nothing wrong despite having an against the fitrah inclination towards the same sex.  It will only become wrong if they chose to act on their sexual orientation.  They claim that the sexual orientation is a result of nature and nothing can be done to change it. Like in a transgender's case, they think that "God made a mistake and switched their ge...

My dad's turn

because ALLAH is with me.... Earlier today i was shocked by a text message sent to me from one of my aunt from my dad's side. "Why didn't you tell me that you've become a Muslim? Sampai hati tak bagitau, bukan perkara tak baik pun." This raised a question mark in my head. Who told her? She's a Muslim by the way. Then onwards, after a few exchanging text messages, i finally come to a realization. I have to tell my dad before he found out from someone else. That would be worst. So, i started to type on my cellphone. "Daddy, i've become a Muslim. Ever since i'm at KTT. I am telling you via sms so that you will be clear of why i am doing this and so that you will not hear this from other people who might exaggerate the story. I didn't become a Muslim because i have a boyfriend. Not because i was influenced by my friends. And also not because i wanted to join PAS. But because i have taken interest in Islam ever since i'm at...

Mummy

Finally, after 1 and a half years(maybe more), the truth is out. I confessed to my mum about me being a Muslim. When I first told her, she was upset and angry. She asked me: Who influenced you into being one? Did u have a boyfriend? Who converted you? Did you know that it’s a big sin to convert when you are already baptized?! I was silent all the while she was bombarding me with her questions but Alhamdulillah, I feel calm and unmoved. I didn’t feel guilty at all. So I told her, Mummy, nobody forced me to become one. No, that is not the reason I become a Muslim. Do you notice that I’ve become more closer to you since past one and a half years?  And my mum said yes, you’ve become better but still… Then I said, it is because of Islam that I changed from my old ways. I used to yell at you but since I became a Muslim, I learned how to be better, to appreciate my parents better. And then she said something I expected she would say. No wonder you didn’t pass your ...