Skip to main content

It's gonna be okay...


Sepasang mataku tepat menatap skrin. Terdiam. Perasaan yang dibendung selama beberapa bulan semakin menebal.


"Ya ALLAH, apa yang harus aku lakukan?"

Terdetik sedikit rasa sesal kerana berada jauh dari insan itu. Ingin saja aku terbang ke sana, untuk mendakap insan itu, lalu meyakinkan segalanya tidak sesusah yang disangka. Adikku, bagaimana harus aku membantumu?



KIRA-KIRA 7 BULAN YANG LALU


"Aku nak mintak tolong ko sikit." Kedengaran urgent sekali nada suaranya.

"Apa dia? Kalau aku boleh, aku tolong."

"Hmm. Takpe. Nanti ko nak tido sini kan? Nanti aku cerita."

Setelah sampai dan berehat-rehat di kolej kediaman sahabatku itu, akhirnya terjawab persoalan tentang bantuan yang diinginkan. Rupa-rupanya ada seorang juniornya yang berbangsa Cina dan beragama Buddha meminati ajaran Islam.

"Jadi, malam ni dia datang rumah, ko cakap-cakap la dengan dia ye."

Aku hanya tersenyum sambil memikirkan perkara yang akan dikongsikan bersama gadis yang belum lagi aku temui itu. Aku juga sedikit takut. Bimbang jika tersalah cakap, gadis itu mungkin menjadi tawar hati.

Malam itu, selesai solat Isya', gadis yang ditunggu akhirnya muncul. Sebenarnya, dia hanya berurusan dengan seniornya di rumah itu berkenaan buku-buku second hand, namun entah macam mana terkeluar topik tentang minatnya terhadap Islam. Maka, aku diperkenalkan oleh sahabatku sebagai seorang revert. Dia nampaknya terkejut.

"Tapi akak nampak macam Melayu."

Sebenarnya aku sudah lali dengan respons itu. Respons yang mengundang kegelian di hati.

"Awak tak kisah akak nak cakap-cakap sekejap?"

"Oh, saya tak kisah."

Aku memulakan perbualan dengan kisah bagaimana aku berkenalan dengan agama ini sehinggalah ke saat aku mengucapkan kalimah syahadah. Aku juga turut menceritakan tentang aku yang masih menyembunyikan hal tersebut dari pengetahuan keluarga. Setelah itu, aku mula meluahkan perasaan yang aku rasakan sebelum memeluk Islam.

"Akak rasa takut. I mean, betul ke ni? Akak cuba cerita dengan kawan-kawan dulu tapi diorang macam tak percaya yang akak betul-betul serius. Mungkin salah akak sebab akak memang jenis yang memang tak serius. Lama akak pendam. Tapi lepas tu, akak akhirnya tekad sebab akak yakin, ini memang keputusan yang tepat dan akak dah tak kisah orang nak cakap apa. Tapi lepas masuk Islam pun, akak rasa tertekan. Akak rasa, banyak nak kena belajar. Akak satu benda pun tak tau. Tapi lepas tu, senior akak cakap, jangan risau tentang ibadah. Yang penting kuatkan akidah dulu. Akak percaya, walaupun awak belum masuk Islam, tapi percayalah, hati awak dah Islam sebenarnya."

Matanya kelihatan berkaca-kaca. Aku mengerti perasaannya ketika itu. Betapa indahnya apabila seseorang memahami apa yang dirasakan. Betapa sukarnya untuk membuat keputusan. Setelah selesai berbual, kami berpelukan dan aku menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumahnya yang berada beberapa tingkat di atas.

Setelah aku kembali ke bilik sahabatku, dalam hati aku berdoa semoga sedikit sebanyak kata-kataku mendorong hatinya terbuka untuk menerima hidayah.

Beberapa minggu kemudian, aku menerima SMS daripada sahabatku.


"Alhamdulillah, L dah masuk Islam."

Terasa panas mataku ketika itu. Alhamdulillah, aku berasa gembira. Begitu gembira. Semenjak itu, sekali-sekala aku bertanyakan khabar gadis itu. Kadang-kadang aku tidak bertanya secara direct, tapi melalui sahabatku yang aku harapkan untuk memantau perkembangannya.


SEBULAN YANG LALU


"Kenapa jadi macam ni?"

"Aku pun tak tau. Bukan aku tak cuba tegur dia, tapi dia sendiri yang mengelak."

"Aku tau. Berapa kali aku tegur dekat facebook, tanya ada masalah ke tak? Tapi dia selalu jawab, saya ok je. Bila aku offer nak tolong, dia cakap takpe. Kenapa ni?"

Kekecewaan jelas terluah melalui nadaku semasa bercakap dengan sahabatku itu. Biarpun dalam telefon, aku dapat membayangkan kekeruhan wajahnya. Sekeruh wajahku.

Kekesalan bertamu dalam diri. Semenjak beberapa bulan yang lalu, aku perasan perubahan pada L. Ya, dia masih belum mengenakan hijab, kerana masih merahsiakan daripada teman serumahnya yang kesemuanya berbangsa Cina. Namun apa yang aku lihat pada gambar profilnya jelas menunjukkan kekacauan yang dialami anak gadis itu. Cukuplah aku katakan, perubahannya jatuh ke arah negatif berdasarkan apa yang aku lihat serta berdasarkan laporan oleh sahabatku.

"Habis tu, macam mana? SMS aku pun dia tak balas, macam mana aku nak tolong dia? Aku tak nak tekan dia, aku cuma nak faham apa yang dia rasa. I know, how it felt. It's not easy masa mula-mula."

"Macam ni, aku ada tanya Brother Lim. Dia jawab, biarkan je."

"Heh?"

"Sebab, kalau dia memang betul-betul nak kembali pada ALLAH, insyaALLAH dia akan sedar sendiri dan lepas tu, dia akan berubah sendiri. Mungkin keadaan sekarang menekan dia. Mana tau, nanti bila dia dah ada kerja sendiri ke nanti, dan bebas nanti, tiba-tiba dia berubah balik ke. Yang penting, kita kena pantau la dia. Tegur-tegur dia. Just supaya dia tau kita ingat dekat dia."

"I see. Baiklah. Kita doakan yang terbaik."


HARI INI

Aku menatap skrin sambil menarik nafas dalam-dalam. Alhamdulillah, aku patut bersyukur. Ujian yang aku alami masih ringan berbanding ujian yang dialami gadis itu. Mungkin aku masih mampu bertahan kerana aku mempunyai kelebihan yang dianugerahkan ALLAH padaku, iaitu ukhwah. Mempunyai sahabat-sahabat yang bisa dijadikan tempat menagih nasihat di saat kelemahan jiwa. Juga keluarga angkat yang begitu banyak membantu. Serta blog sebagai kanvas kisah hidupku hari demi hari. Aku akui, aku juga lemah, jiwaku masih rapuh. Dan aku pula sentiasa memaksa diri untuk bertahan. Dia? Dia merahsiakan keIslamannya daripada rakan-rakan sebaya. Lebih lagi berahsia dariku. Semestinya dugaan yang dia alami lebih berat dariku.



(1) Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
( سورة يوسف , Yusuf, Chapter #12, Verse #87)

Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau yang membolak-balikkan hatiku, maka Kau tetapkanlah ia di jalanMu. Ameen.

Comments

  1. Keep give her motivation..
    insyaAllah, don't give up...

    yup, betul pasal yg pasal *kakak tu cakap, kuatkan akidah dulu..
    ibadah/ halal haram itu penting..
    tetapi dia akan datang sendiri seiring dengan akidah..

    keep trying,
    insyaAllah, Allah is by our side..
    wslm

    ReplyDelete
  2. im touched.

    :')

    Semoga Allah merahmati kita.. We are never alone, kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Speak good, or remain silent. (Bukhari & Muslim)

Popular posts from this blog

A revert's thoughts on LGBTQ

First of all, what does LGBTQ stands for?  L = lesbian G = gay B = bisexual T = transgender Q = queer I am pretty sure everyone's familiar with the first 4 sexual orientation but what about the last one? Queers are people who are not sure of their own sexual identity.  So what does it mean to belong to the 5 sexual orientation? Let's just assume I am secretly a lesbian. So how would you react to that?  Do you judge me?  Or do you accept me as I am? I got married with a man and have 2 kids as a result of the marriage, there's nothing wrong with that isn't it? I am doing nothing wrong despite having an against the fitrah inclination towards the same sex.  It will only become wrong if they chose to act on their sexual orientation.  They claim that the sexual orientation is a result of nature and nothing can be done to change it. Like in a transgender's case, they think that "God made a mistake and switched their ge...

My dad's turn

because ALLAH is with me.... Earlier today i was shocked by a text message sent to me from one of my aunt from my dad's side. "Why didn't you tell me that you've become a Muslim? Sampai hati tak bagitau, bukan perkara tak baik pun." This raised a question mark in my head. Who told her? She's a Muslim by the way. Then onwards, after a few exchanging text messages, i finally come to a realization. I have to tell my dad before he found out from someone else. That would be worst. So, i started to type on my cellphone. "Daddy, i've become a Muslim. Ever since i'm at KTT. I am telling you via sms so that you will be clear of why i am doing this and so that you will not hear this from other people who might exaggerate the story. I didn't become a Muslim because i have a boyfriend. Not because i was influenced by my friends. And also not because i wanted to join PAS. But because i have taken interest in Islam ever since i'm at...

Mummy

Finally, after 1 and a half years(maybe more), the truth is out. I confessed to my mum about me being a Muslim. When I first told her, she was upset and angry. She asked me: Who influenced you into being one? Did u have a boyfriend? Who converted you? Did you know that it’s a big sin to convert when you are already baptized?! I was silent all the while she was bombarding me with her questions but Alhamdulillah, I feel calm and unmoved. I didn’t feel guilty at all. So I told her, Mummy, nobody forced me to become one. No, that is not the reason I become a Muslim. Do you notice that I’ve become more closer to you since past one and a half years?  And my mum said yes, you’ve become better but still… Then I said, it is because of Islam that I changed from my old ways. I used to yell at you but since I became a Muslim, I learned how to be better, to appreciate my parents better. And then she said something I expected she would say. No wonder you didn’t pass your ...