Skip to main content

In pursuit of happiness

In the name of Allah,
Most Gracious, Most Merciful,
Praise be to Allah,
the Cherisher and Sustainer of the Worlds,
and Peace and Prayer be upon the Final Prophet and Messenger. Abdullah Yusuf Ali, The Holy Quran

***

Kadang-kadang aku rasa life aku macam drama. Eh, pehal lak TRH ni? Sooooo not her typical way of writing but then hakikatnya aku memang seorang 'aku' dari dulu lagi. Aku bukan seorang 'saya' or 'kita' apatah lagi seorang 'ana'.

Aku memang aku. Dan aku dah penat ber'pura-pura'.

Sebelum ni, aku lebih suka menulis dalam bahasa Inggeris sebab alasan aku,

1. Aku rasa aku boleh luahkan perasaan tanpa menjadi terlalu emo
2. Aku rasa aku selalu kecelaruan identiti bila aku menulis dalam bahasa Melayu

Ok, sambung balik. Aku rasa life aku, kalau la boleh ditayangkan balik dekat skrin, aku rasa boleh kalah drama Nora Elena, atau apa-apa je lah drama Melayu kat TV tu (sebab aku bukan jenis yang suka sangat tengok TV, atau lebih tepat lagi, aku malaaaas sangat nak tengok drama Melayu). Ok, aku tak patut angkat bakul, mungkin tak de lah drama mana pun sebenarnya.

Tapi hakikatnya memang macam tu kan? Semua orang pelakon dalam drama kehidupan masing-masing, cuma plot cerita je yang berbeza. Dan dalam cerita aku, aku tersangat takut untuk mengimpikan kebahagiaan.





Dan aku tak berani pun nak mintak, sebab dalam life aku, setakat ni, kalau aku happy, ia tak pernah kekal. Atau mungkin part yang sedih-sedih tu lagi banyak sampai aku dah tak sedar kewujudan memori-memori bahagia dalam kepala otak aku yang sentiasa berserabut ni.

Weltchmerz. Satu perkataan yang para psikologis gunakan untuk menggambarkan manusia macam aku. Seseorang yang mengalami tekanan sebab dunia realitinya tidak seperti yang diinginkan.

Aku manusia yang kekurangan kasih sayang. Manusia tak pernah hiraukan aku. Mungkin sebab tu, adalah salah satu sebab aku senang untuk menerima Tuhan dalam kehidupan, sebab Tuhan tak pernah mengecewakan.

Dan sebab aku tau, Allah takkan tinggalkan aku.

Terus terang, aku seorang yang sunyi. Lonely, kalau dalam bahasa omputehnya.

Sebab kesunyian itu jugakla aku isikan masa aku dengan mencari Tuhan, sebab kau tak boleh kata Tuhan itu ada kelemahan, sebab by default, Tuhan itu sempurna, dan semestinya Dia mampu memberikan apa yang aku inginkan. Ketenangan. Dan kelepasan dari kesengsaraan yang aku alami.

Bunyi macam menderita sangat kan? To this, I say, if only you knew.


Aku tak nafikan aku beruntung. Aku masih sihat tubuh badan walaupun sedikit berpenyakit, dan aku masih sihat akal, cuma ada kelukaan dalam jiwa aku yang masih aku cuba ubati dari kecik sampai sekarang.

Blog ni dulu asalnya tempat aku meluahkan perasaan aku, tapi entah macam mana, blog ni boleh tersebar dan terus terang, kadang-kadang bila aku tengok live feeds, satu persoalan muncul dalam kepala otak aku,

"Dari manakah tuan hamba datang?" (bajet zaman Kesultanan Melayu Melaka)

Kalau masa awal-awal dulu, aku suka tanya soalan ni dekat reader blog aku,

"Mana jumpa blog saya eh?"

Usually jawapan dorang, either Google atau jumpa kat blog kawan.

Sebenarnya blog ni dah wujud sejak Ogos 2008 lagi, tapi as you can see, banyak entri yang aku dah buang, sebabnya aku ni taklah sekuat yang disangka. Bila orang komen yang teruk-teruk sikit mula la merajuk dan terus delete entry. Itu dulu la. Sekarang aku just revert pergi draft balik je. Personaliti macam aku seryes tak boleh jadi artis. Sikit-sikit sentap. Tapi itulah aku, sensitif terlebih.

Lagipun, bila aku baca balik entri lama, aku rasa ada benda yang aku tak patut cerita sebenarnya, sebab ye la, blog ni pun dah tersebar for what reason yang aku pun tak tau sampai sekarang.

Anyways, aku rasa, mungkin aku dah patut berhenti lari dari realiti. Sampai bila aku nak ber'pura-pura' as if semua benda okay je? Dah sampai masa aku terima hakikat hidup aku memang macam ni, dan biarkan luka tu sembuh dengan izin Allah.

Dan sekali lagi, untuk orang-orang yang tau pasal event besar yang bakal berlaku dalam hidup aku September ni, aku sebenarnya takut untuk bahagia. Sebab aku rasa, perkataan 'bahagia' tu tak ada dalam kamus hidup aku. Bila orang ucapkan tahniah dekat aku, aku rasa kosong (oh please jangan nyanyi lagu Najwa Latif kat sini -_-"). Aku rasa macam ada something yang tak confirm. Aku selalu rasa benda tu takkan kekal. Walaupun mungkin zahirnya aku nampak macam aku bahagia, jauh di sudut hati aku, aku takut. Sebab dalam sejarah hidup aku, aku mengejar bahagia dengan linangan air mata tapi in the end, orang lukakan hati aku.

Sebab tu bila aku berniat untuk buat keputusan ni, aku tak berniat untuk mencapai kebahagiaan. Aku hanya nak lebih dekat dengan Allah, supaya bila aku berniat macam tu, let's say kalau betul lepas tu aku terseksa sebab keputusan aku, aku tau benda tu akan lebih mendekatkan aku dengan Allah, dan itu je yang aku nak pun.

Sebab kalau aku dapat menjadi salah seorang hambaNya yang dekat dengan Allah, aku akan dapat meraih Syurga, dan Allah dah janji orang-orang yang masuk dalam Syurga akan kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan dalam Syurga jugak, aku takkan sedih buat selama-lamanya.

Demi kebahagiaan yang kekal, aku cuma berharap dugaan dan cabaran yang aku terima di dunia ni, lebih meningkatkan darjat aku di mata Allah, dan aku cuma nak Allah sayang dekat aku, sebab aku tau Allah takkan tinggalkan aku.

Sepertimana mereka meninggalkan aku.

Sampai sekarang aku masih cuba memahami apa ertinya berkasih sayang kerana Allah, sebab terus terang, aku tak pandai bab interaksi sesama manusia ni. Aku tak reti.

Mungkin, dengan keputusan yang aku buat ni, Allah nak keluarkan aku dari kepompong aku, yang aku bina sendiri supaya orang tak boleh masuk dalam hidup aku. Mungkin, dengan cara ni, aku akan belajar untuk tak hidup berseorangan, cara aku hidup sebelum ni. Aku dah terlampau selesa settle hal sendiri sorang-sorang. Mungkin dah sampai masanya untuk aku mula percaya balik dekat makhluk Allah yang bernama manusia ni, dan Allah je yang tau berapa kerat je yang aku betul-betul percaya.

Mungkin. Wallahu'alam.


Aku cuma mahukan yang terbaik dalam hidup aku, dan dengan mengikut panduan yang Allah dah bagi, aku yakin dengan keputusan aku. Aku tak mengeluh dengan hidup aku, cuma ada satu persoalan yang kerap bermain dalam fikiran aku,

layakkah aku untuk merasa kebahagiaan?







"Sometimes we can't just say "Allah has a better plan for us." 
We have to believe He does."

Comments

  1. layakkah??? layak,stiap mnusia layak trime kbahagiaan, klau pun bkn skrg, hereafter insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. sabo yek, tggu mse je bahagia tuh nk smpai, sbenanye kalau kite perhati nikmat2 yg kite ade skrg nih dah ckup utk buat kite bhagia sbenanye :)

    ReplyDelete
  3. When He alienates you from His creatures,
    then know that He wants
    to open for you the door of intimacy with Himself.

    When He loosens your tongue with a request,
    then know that he wants to give you something

    - Ibn Ataillah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Farah,

    Akak baca dan cuba belajar untuk lebih memahamami insan lain.

    TAke care.

    ReplyDelete
  5. 1. Terima kasih atas perkongsian
    2. Hargailah kesedihan kerananya baru kita rasa ni'mat kegembiraan.
    3. Jangan dipinta kebahagiaan kerana hidup tidak senang, sebaliknya mohonlah hati yang tenang, kerananya sedih dan gembira pun memaknakan kebahagiaan..
    4. Artspiration: "Sometimes we can't just say "Allah has a better plan for us." We have to believe He does." --> I couldn't agree more!
    5. looking forward for ur next post.

    May His guidance always be with us!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum adik Farah...salam ukhuwwah dari Sabah :)... i found you blog in Facebook...and i read your article "Siapa Tuhan Saya" in Dakwat.org....and i found out that, we both melalui pengalaman yang sama (i mean cabaran2 yg dilalui semasa mula2 revert to Islam)...and i understand what its feels like...it was very hard at first...hanya yang melaluinya sahaja yg dapat memahaminya ...very well...alhamdulillah, i think you are strong enough to face all the challenges...and i feel so motivated when i read your articles "Siapa Tuhan Saya"....thank you so much...may Allah reward :)

    Dear adik Farah, walaupun sometimes kita rasa kita kekurangan kasih sayang manusia(i also feels like that long ago :))..., tapi hakikatnya DIA amat menyayangi kita...and after read your story, i feel so jealous with you, because kasih sayangNYA itu pada adik tak putus2...i live in a place where most of the people is christian, and i have muslim friends.. but they don't portray themselves as a muslim/mah...they live dengan bahagia, they always laugh...make me sometimes wondering...apa yg buat mereka selalu bahagia, always ketawa2 saja like there's no problem...and i come out with a conclusion that...they do whatever they like...tidak mengikut landasan islam...<----i'm sory for saying this, but i have to say this because this is real...this is my experience...but, ini cuma pengalaman saya...tidak semua org yg bahagia itu tidak mengikut landasan islam...this situation is in where i live now...and what i'm trying to say is, apa sahaja yg adik lalui pada masa ini...cabaran2 tersebut, adalah satu anugerah sebab Allah tidak membiarkan adik larut/lalai dalam hidup ini...seperti mereka2 yg kurang mendapat 'perhatian' dariNYA...and rasa 'sakit', rasa 'sunyi/sepi' itu adalah sesuatu yg OK...

    maaf, agak panjang membebel di blog adik Farah...maaf juga kalau ada siapa2 yg terasa hati atas komen2 diatas...rasa ingin berkongsi sahaja :)..and rasanya semua pengunjung2 setia Blog TRH ini berfikiran positif kan...ambil komen yg baik, dan yg buruk/kurang baik itu abaikan saja :)

    adik Farah,kakak doakan yang terbaik untuk adik...moga suatu hari nanti"SINAR MENTARI" dan "PELANGI YG CANTIK" itu akan muncul dalam hidup adik...tapi kalau "mentari jingga" masih bertamu dlm hidupmu, tidak mengapa...keep walking ya :)

    *maaf bahasa campur2...bm...bi..
    bi pun grammar x berapa betul kan
    :)

    ReplyDelete
  7. akak~

    la tahzan , sesungguhnya Allah bersama kita

    cuba tengok link youtube ni

    http://www.youtube.com/watch?v=ei1a203c2mM&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  8. @anonymous:

    Terima kasih banyak banyak for the reminder. :') Speechless. Tak tau nak respond apa.

    ReplyDelete
  9. kak farah :) saye dah nampak kekuatan akak sejak akak form 5 lagi, waktu sambutan maulidur rasul, akak bersama-sama kitorang semua berarak, lepas tu dengar ceramah, untuk kesekian kalinya, saya tau akak akan terus kuat insha-Allah :) jangan ragu-ragu dengan rancangan Allah, akak jangan rumitkan fikiran akak dengan persoalan layak atau tidak :) He knows better :) we have to believe in HIM :) lai satu, semoga event yang besar itu akan mendapat barakah daripada-Nya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Speak good, or remain silent. (Bukhari & Muslim)

Popular posts from this blog

A revert's thoughts on LGBTQ

First of all, what does LGBTQ stands for?  L = lesbian G = gay B = bisexual T = transgender Q = queer I am pretty sure everyone's familiar with the first 4 sexual orientation but what about the last one? Queers are people who are not sure of their own sexual identity.  So what does it mean to belong to the 5 sexual orientation? Let's just assume I am secretly a lesbian. So how would you react to that?  Do you judge me?  Or do you accept me as I am? I got married with a man and have 2 kids as a result of the marriage, there's nothing wrong with that isn't it? I am doing nothing wrong despite having an against the fitrah inclination towards the same sex.  It will only become wrong if they chose to act on their sexual orientation.  They claim that the sexual orientation is a result of nature and nothing can be done to change it. Like in a transgender's case, they think that "God made a mistake and switched their ge...

My dad's turn

because ALLAH is with me.... Earlier today i was shocked by a text message sent to me from one of my aunt from my dad's side. "Why didn't you tell me that you've become a Muslim? Sampai hati tak bagitau, bukan perkara tak baik pun." This raised a question mark in my head. Who told her? She's a Muslim by the way. Then onwards, after a few exchanging text messages, i finally come to a realization. I have to tell my dad before he found out from someone else. That would be worst. So, i started to type on my cellphone. "Daddy, i've become a Muslim. Ever since i'm at KTT. I am telling you via sms so that you will be clear of why i am doing this and so that you will not hear this from other people who might exaggerate the story. I didn't become a Muslim because i have a boyfriend. Not because i was influenced by my friends. And also not because i wanted to join PAS. But because i have taken interest in Islam ever since i'm at...

Mummy

Finally, after 1 and a half years(maybe more), the truth is out. I confessed to my mum about me being a Muslim. When I first told her, she was upset and angry. She asked me: Who influenced you into being one? Did u have a boyfriend? Who converted you? Did you know that it’s a big sin to convert when you are already baptized?! I was silent all the while she was bombarding me with her questions but Alhamdulillah, I feel calm and unmoved. I didn’t feel guilty at all. So I told her, Mummy, nobody forced me to become one. No, that is not the reason I become a Muslim. Do you notice that I’ve become more closer to you since past one and a half years?  And my mum said yes, you’ve become better but still… Then I said, it is because of Islam that I changed from my old ways. I used to yell at you but since I became a Muslim, I learned how to be better, to appreciate my parents better. And then she said something I expected she would say. No wonder you didn’t pass your ...