![]() |
| Biar dunia menjadi penjara, agar akhirat mendapat syurga... |
Selesai peperiksaan pergigian, saya terus bergegas kembali ke desasiswa(asrama) untuk mengambil white coat yang tertinggal di bilik. Sambil berjalan, teringat peperiksaan sebentar tadi. Alhamdulillah, peperiksaan pergigian sudah selesai. Tinggal paper medic saja lagi. Azab pertama dah lepas. Azab kedua pulak. Gambatte!
Selepas tiba di MDL untuk sesi demo and discussion, saya mengambil tempat duduk dan setelah menanda tangan attendance, saya terus bergegas keluar kerana saya ada urusan bersama pihak jabatan agama Islam.
Urusan zakat.
Di Jabatan Agama Islam, setelah mengisi borang permohonan zakat, saya di'interview' sejenak oleh pihak yang berkaitan.
Encik Z : Kamu sudah lama memeluk Islam.
Saya: Sejak 14 november 2008.
Encik Z : Kamu dah berapa tahun belajar?
Saya: Baru je masuk.
Encik Z : Kamu asal mana?
Saya : Sarawak.
Encik Z : Ayah kamu marah la kamu masuk Islam ni?
Saya : (diam sekejap) Marah.
Encik Z : Dia marah macam mana?
Saya : Dia putuskan hubungan dengan saya.
Encik Z : (senyap, muka simpati)
Saya : (senyap, muka nak nangis)
Alhamdulillah setelah beberapa soalan lagi, urusan saya bersama pihak bahagian zakat selesai. Hanya perlu menunggu 'hello' daripada mereka. InshaALLAH permohonan saya diluluskan.
Saya faham mereka perlu menyiasat setiap permohonan zakat maka saya tidak mengambil hati atas ketelusan mereka bertanya. Sedas demi sedas soalan ditembak dan saya hanya menjawab dengan wajah yang tidak beriak. Tenang di permukaan, bergelodak di dalam.
Realiti?
Menghadapi suatu keadaan yang sukar sebegini semestinya sedikit sebanyak mengguris hati yang sedia ada sensitif.
Hari demi hari, saya masih berusaha untuk menerima hakikat yang telah ditetapkan untuk saya. InshaALLAH saya terus cuba bersangka baik dengan ALLAH, ada hikmah di sebalik 'kesulitan' sementara yang Dia timpakan ke atas saya.
Alhamdulillah, di sebalik kesempitan sementara yang ALLAH uji ini, saya masih mampu tersenyum di saat teman bergurau, masih mampu meneruskan kehidupan. Sekiranya saya bukan seorang Islam, ah, ALLAHUALAM, mungkin sekarang jasad saya sudah berada di tepi tasik dek tak tertahan oleh dugaan yang agak hebat ini. Apalah sangat dugaan ini berbanding dugaan yang dihadapi junjungan kita, Rasulullah s.a.w.
Ada juga yang memuji,
"Wah hebatnya Farah."
"Farah kuat."
Terkadang hati ini menyangkal, benarkah aku kuat? Layakkah aku dilabel sebagai 'hebat'?
Hakikat yang sebenar ialah segalanya yang nampak 'real' dalam kehidupan di dunia ini, sebenarnya 'virtual' semata-mata. Kehidupan yang abadi, kehidupan yang hakiki, tujuan kita, masih jauh dan mungkin bagi sebilangan orang yang beruntung, mereka kini dekat dengan kediaman abadi, di mana tempat asal kita.
Kadang-kadang saya menyoal diri, adakah saya rindukan syurga?
Adakah saya berusaha untuk memasukkan diri saya dalam kalangan penghuni syurga?
Dan apakah pengorbanan saya untuk meraih kehidupan terindah di akhir hayat?
Mungkin ujian yang saya hadapi kini, inshaALLAH, menjadi bonus untuk lulus dalam peperiksaan kehidupan ini.
Ummi di kelantan selalu berpesan,
"Farah kena kuat. Farah kena selalu bersangka baik dengan ALLAH."
Benarlah, setiap 'peluang' yang ALLAH beri untuk lebih mendekatkan diri denganNya, inshaALLAH, akan dipergunakan sebaiknya.

bersangka baik and jangan lupa. if u look back and consider it, has He ever let u down?
ReplyDeleteto anonymous:
ReplyDeleteyeap. sebab sy x dpt biasiswa JPA due to technical error. they also don't know how they could have missed out my name since every dental students should get scholarship. weird, but still, ada hikmah di sebaliknya. before this i rely on my dad to supply allowance but now, since well, you know, so i have no source of money. Kind of pathetic but still, ALLAH knows best.
Salam sis,
ReplyDeleteYou may apply to get a loan from USM, you know, due to your present situation. Try going to Hal Ehwal Pelajar, your tutor or your dekan for advise. [I happen to know as I was an USM alumni from the main campus]
http://www.usm.my/bhepp/v2/unit/tajaan/index_files/Page465.htm
What you are going to do in future ?
ReplyDeleteHmm..
ReplyDeleteseriously ?
JPA x sponsor ?
try la tanya lagi
Dh tanya dah. Tapi dia x dapat nak uruskan hal sy dulu sebab dy nk setelkan students lain dlu. so,,,lambat lagi la klau nak dpt offer tu.
ReplyDeleteto anon:
ReplyDeletegive ur email to me.