KATA YANG TAK TERLUAH
Semenjak dah bagitau mak, tak pernah lagi sebut balik tentang perkara tu. Ingatkan, Alhamdulillah, mak faham, mak boleh terima…tapi, lain pulak yang jadi bila balik.
Pagi 11 September tu, bila dah sampai rumah, mak marah sebab saya beli telefon tak bagitau. Ye la, saya tak tau nak bagitau macam mana, dah Ummi(mak angkat di Kelantan) belikan, jadi saya pun terpaksa tipu. Saya cakap saya terlupa nak bagitau sebab saya sibuk. Mak saya marah sebab ayah saya dah belikan dah pun telefon. Ingatkan nak buat surprise. Sekali saya dah beli dah pun telefon semenjak telefon kena curi dekat Mydin Kubang Kerian hari tu. Saya mintak maaf tapi mak panjangkan marah dia.
Mak mula ungkit2. Cakap “Apa lagi yang kau tak bagitau aku hah? Apa lagi???” Masa tu rasa nak menangis sebab seolah-olah mak sengaja nak paksa saya bongkar keIslaman saya depan ayah saya masa tu. Ayah saya tak kisah pun sebab telefon yang dia beli tu murah je. Cuma reaksi mak saya macam terlebih-lebih buat ayah saya pelik. MashaALLAH, hanya ALLAH je tahu perasaan saya masa tu. Last2, saya masuk bilik, saya tidur je sebab saya rasa stress sangat.
Petang tu, kami sekeluarga pergi la keluar beraya. Balik kampung. Dekat je pun. Dalam 30 minit dah sampai. Dah seronok2 berborak dengan makcik, mak su ajak ikut dia beraya rumah kawan2 dia esok harinya. Mak terus cakap, lepas pergi gereja baru boleh ikut. Masa tu saya diam je. Dalam hati, saya rasa sedih. Kenapa mak buat macam ni? Kenapa mak macam tak hormat keputusan saya? Masa tu sekali lagi rasa sebak sangat. Sedih sangat. Tapi saya cuba tenangkan hati, takpe, sekejap je. ALLAH nak uji. Sekejap je. Sabar2. Tapi air mata tu macam nak mengalir-ngalir je.
Saya mintak maaf dekat kawan2 yang cuba nak contact saya. Yang call jauh2 dari India. Mintak maaf sebab tak dapat nak jawab panggilan kamu semua. Saya memang rasa sedih sangat sampai saya tak boleh nak sorok perasaan tu. Saya risau nanti tempiasnya kena pada kamu, yang berniat nak call sebab nak cakap perkara gembira.
Syawal kali ini memang sedih. Sebab sekali lagi tak dapat nak sembahyang sunat raya, walaupun ni kali kedua sambut raya. Teringin jugak nak sambut aidilfitri macam orang lain. Dalam suasana keluarga Islam. Mesti seronok kan?
Sepanjang hari saya berada di airport. Hari raya pertama di airport. Tapi saya tak kisah. Sebab saya fikir, tak apa, suatu hari nanti, saya boleh beraya bersama keluarga(inshaALLAH, semuanya sudah Islam ketika itu). Saya rela ALLAH bagi kesedihan ni dekat saya, kalau dengan kesedihan itu mampu membuatkan hati saya bertambah lembut. Saya faham kenapa ALLAH biarkan saya seorang tanpa sahabat tempat mengadu masalah di USM, mungkin kerana ALLAH mahu saya mengadu hanya pada Dia seorang. Bila direnungkan kembali, ALLAHUAKBAR, sayangnya ALLAH pada saya yang hina ni. Pada saya yang tak tahu apa-apa, pada saya yang tiada apa-apa ini.
Saya sayang family saya…..
Makbulkanlah doaku ya ALLAH.
~Nur Farah Syakirah
~12 September 2010
~Mukah, Sarawak
Assalamuailaikum... salam aidilfitri... Allah sentiasa bersama hambaNya yg sabar... insyaAllah suatu hari nanti Allah akan blas atas segala kesabaran dengan sesuatu yg tidak mampu kita nilai... setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... dlm idup ni pun sy dah melalui mcm2 pengalaman terutama ketika diri ini tercampak jauh nun di perantauan yang nyata pada waktu itu sy tidak tahu mana arah kiblat... pnh bersolat beralaskan skpng kertas..dimarahi kerana membasahkan lantai toilet kerana berwuduk...n mcm2 dugaan lain yang sy hadapi sblm merasai kemanisan berada di USM... saya redha dgn apa yg berlaku dan sy yakin Allah dah sediakan kita dgn sesuatu yg lebih berharga, kalau tidak di dunia ni pun, akhirat sana menanti... nway, kalo NUFAS nak berkongsi cerita or tmpt mengadu, i will try to be ur best listener... kalo sy mampu tlg, sy akn tlg...salam
ReplyDelete