Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem.
Antara kisah-kisah yang ibu Zahro ceritakan siang tadi, saya paling tertarik dengan dua kisah berkenaan Saidina Ali, dan kedua-duanya begitu lucu.
Kisah pertama, sewaktu pemerintahannya Saiyidina Ali, ada seorang lelaki menyuarakan rasa tak puas hati beliau terhadap gaya pemerintahan Ali radhiallahu anh. Dia membandingkan pemerintahan Ali dengan zaman pemerintahan Abu Bakr dan Umar al-Khatthab.
Sewajarnya Ali tersinggung namun Ali menjawab dengan tenang,
"Kerana sewaktu pemerintahan mereka(Abu Bakr & Umar), rakyatnya seperti aku, manakala sewaktu pemerintahan aku, rakyatnya seperti kamu."
Kisah kedua, sewaktu Rasulullah s.a.w. makan kurma bersama para sahabat, Ali sengaja meletakkan biji kurma yang telah dimakannya di hadapan Rasulullah, seolah-olah Rasulullah yang lebih makan banyak kurma berbanding mereka. Ali menunjuk pada biji-biji kurma di hadapan Rasulullah sambil berkata pada para sahabat yang lain,
"Tengok! Rasulullah makan lebih banyak kurma berbanding kita."
Rasulullah membalas dengan jawapan yang bagi saya cukup menggelikan hati,
"Ya, kerana Ali makan kurma dengan biji-bijinya!"
Saya membandingkan kedua-dua kisah ini, dengan diri sendiri, bagaimana saya berhubung dengan sesama manusia, dan hakikatnya begitu menyedihkan sekali.
Perlu untuk saya memperbaik diri daripada kesilapan lalu, dan yang penting, jangan diulang lagi!

"Sometimes we can't just say "Allah has a better plan for us."
We have to believe He does."
ya Allah...rasulullah pandai berjenaka...kih3
ReplyDelete