Date : 21st of February 2010
Saat itu, aku tidak memahami mengapa dia menegah aku berbuat demikian. Setelah diterangkan baru aku mengerti maksudnya.
Tapi orang yang berkata demikian tidak menutup aurat, bercouple dan tidak solat. ALLAH mewajibkan menutup aurat dan bersolat. ALLAH melarang kita daripada mendekati zina. Jadi...
"Siapa nama?"
Aku memandang ke arah punca suara itu. Dia duduk di tempat duduk sebelah pemandu dan aku duduk di tengah2 di belakang. Ketika itu kami dalam perjalanan ke majlis sambutan hari raya di Bangi.
"Farah.""Dari mana?""K**.""Kenal S x?""Eh, kenal. Dia housemate saya.""Iye? Ada nombor dia x?"
Setelah nombor diperoleh, dia terus menelefon sahabatku itu. Beberapa minit kemudian selesailah sesi 'jejak kasih' antara mereka. Dia memandang aku dengan penuh tanda tanya.
"Farah, kenapa S bahasakan awak Sandy?"
Aku senyum.
"Saya baru masuk Islam. Tu nama lama saya.""SubhanALLAH."
Sahabatnya yang duduk di sebelahku turut menunjukkan riak wajah yang terkejut.
"Alhamdulillah. Saya x sangka...""Kenapa? Sebab saya nampak macam biasa je ke?""Ha'ah, nampak macam dah lama. Macam orang Melayu."
Aku senyum lagi. Jawapan standard yang biasa kedengaran dari mereka. Tudung labuh, lengkap berstokin dan berjubah, siapa yang menyangka dia baru sahaja memeluk Islam selama kurang setahun.
EVOLUSI
Bukan mudah untuk aku mengenakan pakaian sebegini. Apatah lagi jiwa yang masih melonjak-lonjak girang tatkala mendengar lagu Paramore-Misery Business berkumandang di radio. Jiwa aku masih menggemari lagu2 dari Basshunter dan band seumpamanya. Heck, i dreamed of playing an electric guitar. Seriously, no kidding.
Aku masih ingat lagi saat aku mengenakan tudung buat kali pertama ketika di sekolah menengah. Aku memandang cermin. "Cantik." Kata rakanku. Aku menguntum senyum dan aku malu-malu menampakkan diri di khalayak ramai. Mereka terkejut. Betapa lucunya keadaan mereka ketika itu.
Setelah aku memeluk Islam, senior ku mengatakan sesuatu yang mengejutkan aku.
"Nanti Sandy nak pakai tudung, bagitau. Kalau rasa susah, jangan pakai dulu2. Slow2."
Saat itu, aku tidak memahami mengapa dia menegah aku berbuat demikian. Setelah diterangkan baru aku mengerti maksudnya.
"Sebab kalau dah pakai tudung, nanti susah kalau Sandy nak bukak balik. Kalau boleh, dalam apa2 yang kita buat, kita kena istiqamah. Istiqamah tu maksudnya berterusan."
Aku mengangguk tanda memahami. Setelah itu, aku pasti aku mampu lalu aku terus memakai tudung pada kali pertama aku menjejakkan kaki ke luar apartment.
Pada mulanya, aku mengenakan tudung pendek bidang 40. Setelah itu, melihatkan seniorku memakai bidang 50, aku bersungguh-sungguh mahu mencuba mengenakan tudung labuh. Berminggu-minggu aku memakai tudung labuh dan aku dapat merasakan kelainan pada diriku. Setiap kali aku memakai tudung labuh, pasti aku berasa kurang senang apabila bercakap dengan lelaki. "Aneh." Getus hati kecilku. Aku tidak memahami perasaan yang aku rasakan kerana sebelum itu(sebelum memeluk Islam), aku berasa selesa berbual dengan mereka. Aku tidak faham perasaan itu lalu aku membuat keputusan untuk memakai tudung pendek kembali kerana aku rasa tidak selesa. Aku yakin tudung labuh yang aku pakai itu mempengaruhi ketenangan aku dan aku rasa hipokrit kerana aku perlu berpura-pura 'baik' di hadapan rakan-rakan sekuliah.
Suatu hari, ada seorang sahabat datang ke meja yang aku duduki di kafe.
"Farah, kenapa awak tukar-tukar...?" Dia tidak menyambung ayatnya. Aku faham lalu membalas."Saya rasa hipokrit. Saya bukan baik macam awak. Saya ni dahla jenis yang rock and saya rasa macam bukan diri sendiri."
Dia diam.
"Kenapa awak cakap macam tu?""Bila saya nak cakap dengan classmate yang lelaki, saya rasa lain macam, jadi saya terus x bercakap dengan diorang. Saya rasa x best la macam tu. Saya takut diorang ingat saya lupa kawan."
Kebanyakkan kawan rapatku sebelum itu adalah lelaki. Mereka senang denganku kerana mereka kata, aku otai, aku senang dibawa bergurau, bukan jenis yang mengada-ngada nak merajuk. Not your typical sterotyped woman.
Dia diam lagi.
"Alaa, lagipun kalau saya pakai pendek pun, still tutup aurat jugak.""Tapi kalau labuh lagi selamat."
Aku terdiam. Bukan terdiam kerana terasa dengan kata-katanya tetapi kerana aku tidak memahami maksudnya. Perbualan kami berakhir apabila aku meminta izin untuk kembali ke apartment. Setelah tiba di rumah, aku duduk termenung sendirian.
"Apa maksud dia? Aku tak faham." Aku berasa begitu kacau sekali. Beberapa hari kemudian, dengan izin ALLAH Yang Maha Mengetahui, aku diberikan jawapan.
“O you Children of Adam! We have bestowed on you raiment to cover your shame as well as to be an adornment to you. But the raiment of righteousness, that is the best. Such are among the Signs of Allah, that they may receive admonition.” (Quran 7:26)
“And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and ornaments except what must ordinarily appear therof; that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, or their brothers' sons or their sisters' sons, or their women or the servants whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex, and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O you Believers, turn you all together towards Allah, that you may attain Bliss.” (Quran 24:31).
“O Prophet, tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks close round them (when they go abroad). That will be better, so that they may be recognised and not annoyed. Allah is ever Forgiving, Merciful.” (Quran 33:59)
Baru aku faham perasaan yang aku rasakan. Perasaan itu adalah MALU. Ya, semenjak aku mengenakan tudung labuh, aku semakin malu. Malu untuk melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh ALLAH dan malu itu juga melindungi aku. Tapi, ada juga yang berani...
"Tak pakai tudung takpe, janji solat.""Ala, orang yang pakai labuh2 pun buat maksiat. Tak baca news ke?""Memangla tak solat, tak tutup aurat semua, tapi yang penting hati baik. Don't judge a book by its cover."
Sorry dear, that proverb do not apply here. Ni lagi best.
"Saya sayang ALLAH, sayang rasul."
sayangkah kita pada ALLAH jika kita mengingkariNya dan setelah itu dengan yakinnya mengungkapkan kata-kata itu?
Betul-betul sayangkah kita atau kita hanya mengulangi ajaran yang diajar ustaz dan ustazah ketika di sekolah dulu?
Hijab bukan sekadar menutup kepala semata, hijab adalah satu anugerah yang membuktikan betapa kaum Hawa dikasihi supaya mereka terhijab daripada menjadi fitnah kepada dunia.
Maaf, saya hanya hamba ALLAH yang hina. Ilmu saya masih sedikit dan selagi boleh, saya ingin memanfaatkan ilmu yang saya ada. Saya juga ada cela dan saya menulis kerana saya mahu mengingatkan diri saya dan juga sahabat sekalian agar terus berpegang pada Islam yang syumul dan bukan Islam yang sudah dicemarkan.
Alangkah indahnya dianugerahi perasaan malu itu. Malu melakukan dosa, malu melakukan maksiat.
ReplyDeleteMembaca post awak yang kali ni buat saya termalu sendiri. Walaupun da 20 tahun bergelar Muslim, dilahirkan dalam keluarga Islam, saya takde kekuatan sekuat awak. Tudung pakai, tapi kadang2 jarang, still sembang2 kosong dengan lelaki, konon breakup nk elak maksiat, tp still contact2. Saya sedar apa saya buat tak elok, tapi..
Awak bertuah Farah. :)
=) RH ... i can just read this post over and over again and still smile in happiness!
ReplyDelete=) puisi terakhir tu menarik
anonymous:
ReplyDeleteit is better late than never. InsyaALLAH kalau awak MAHU, awak akan bergerak menuju MAMPU. Seriously, at least awak ada kesedaran. Certain org ALLAH x kurniakan kesedaran yg awak dapat. Melalui sedar itu juga awak boleh, awak boleh! terus terang saya ckp dulu org x sngka saya akan jadi begini...
assalamualaikum
ReplyDeletealhamdulillah, ALLAH tunjukkan hidayah-NYA utk awak..
harap awak pegang hidayah tu betul2..jgn lepaskan...
x semua org dpt peluang diberikan hidayah ALLAH...tapi awk terpilih..
ALHAMDULILLAH.
jaga IMAN..
persiapkan diri dgn ILMU...
bergaul dgn mereka yg boleh membimbing awk...
harap awk terus ISTIQOMAH...
INSYA ALLAH..
salam farah.... saya tak kenal awak dan awak pon tak kenal saya jugak.tapi saya sgt kagum dngan kekuatan awak wlaupon baru saja memeluk Islam. Allah is great ! saya pernah merasa apa yg awak rasa and same goes to u,finally saya dapat satu conclusion melalui ayat Quran ( yg dlm post tu) , and hanya kesabaran dan kekuatan kita untuk terus berada dlm jalan yg benar sajalah yg akan mendekatkan diri kita dgn Allah insya Allah.antara pandangan Allah dan pndangan manusia,pilihlah pndangan Allah kerana pndangan mnusia tak membawa kita ke mana2.peringatan untuk diri sendiri jugak....
ReplyDelete~nice post :)
i love the post..really!
ReplyDeleterasa termalu sendiri jugak sbb kdg2 bwat apa yg xpatut tp at least selagi ada rasa malu itu sudah cukup baik. setiap agama ada akhlaknya dan akhlak islam adalah malu. love novel2 hloveta jugak;)
Salam 'alayk,
ReplyDeleteIngat Makcik lagi?
Tahniah atas kecekalan dan ketabahan Farah menghadapi segala cabaran . Memang hidup ini adalah perjuangan,tiada manisnya hidup tanpa cabaran dan perjuangan.Semoga Farah terus istiqomah.
Jemputlah ke Shah Alam .
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSebuah cerita yg benar2 meresap ke dalam sanubari... Selama hidup ini,saya X pernah mengetahui keindahan sebenar tentang islam,tentang berhijab,hanya mengetahui tentang tatasusila & cara hidup islam,tetapi,sebab?????mengapa???
Kini,barulah diri ini mengerti...
Terima kasih.....
:D
thanks for the inspiration :)
ReplyDeletefarah/sandy,
ReplyDeletebila baca entry ni aku rasa termalu sendiri. terima kasih sbb buat aku rasa begini. sekurang-kurangnya ia buat aku sedar akan kelemahan diri.
p/s: semoga kita dapat placement asap !
Salam, I want to ask your permission to publish this entry into my blog.. may I?? - AKHI
ReplyDeleteassalamualaikum.
ReplyDeletekak farah. am speechless. i clicked 'join this site' button yg kat tepi tu not so long ago. am not sure how did i reach ur blog. my from my bro's.
itu cume nak cite mcm mne boleh dtg sini hehe... tp believe me akak tulis mcm org melayu.
truly, ain't kidding, am speechless. the words just walk until they reach the tekak. tak boleh nak keluar.
sy syukur akak dipermudahkan oleh ALLAH untuk tutup aurat though it's hard, kan? may ALLAH bless u, sampai syurga.
salam ukhuwah.
Waalaikumsalam warahmatullah,
ReplyDelete:) terbayang perkataan tibe2 ada kaki berjalan2. huhu.
inshaAllah dipermudahkan and may Allah bless u too sis, ameen. :)
salam ukhuwwah kembali.
alhamdullilah anakku,semoga Allah terus memberi kekuatan kepadamu diatas keteguhanmu dijalan ini,ameen
ReplyDeletetak tahu nak cakap macam mana..cuma semoga hidayah Allah itu senantiasa menyinari mu farah!!
ReplyDeleteAllah mmg sayang kamu sgt2!semoga aku dpt kekuatan spt kamu..
rindu akk.^^
ReplyDeletesmoga tsabat pada jalan Allah
stab. farah, sandy whatever. terima kasih awak. ;')
ReplyDelete