In the name of Allah,
Most Gracious, Most Merciful,
Praise be to Allah,
the Cherisher and Sustainer of the Worlds,
and Peace and Prayer be upon the Final Prophet and Messenger. Abdullah Yusuf Ali, The Holy Quran
Saya kalau jogging, saya lebih suka memandang ke langit berbanding memandang ke hadapan. Sebab kalau pandang depan je, rasa macam penglihatan jadi terbatas, macam sempit so nanti akan rasa semput. -_- Entah teori mana yang saya pakai but since it helped with my exercise so teruskan je la.
Anyways, petang tadi, bila tengok langit, rasa macam langit tu cantik sangat and tiba-tiba, teringat pernah dengar dalam satu tazkirah ni, yang dunia ni bagaikan mimpi.


Indeed, in the creation of
the heavens and the earth and the alternation of the night and
the day are signs for those of understanding.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat
Allah) bagi orang-orang yang berakal;
'Ali Imran, 3: 190
Agaknya sebab tu la Allah jadikan supaya kita manusia ni bermimpi bila tidur supaya boleh relate dengan perumpamaan tu. Tapi memang hakikatnya macam tu pun. Dunia ni ibarat sebuah mimpi.
Teringat satu benda yang saya pernah baca, yang mana, bila kita mati, akhirnya 'mata' kita akan terbuka dan kita akan either rasa menyesal or lega bila dah 'bangun'. Menyesal sebab, banyak buat dosa masa dekat Dunia and now that dah mati, takda peluang dah nak bertaubat.
Sebab tu la bila bangun pagi, kena la ucapkan 'alhamdulillah' sebab masih diberi peluang untuk memperbaik diri dan bertaubat kepada Allah. Jangan sampai bila bukak mata sedar-sedar dah dalam kubur baru nak sedar. That time, dah terlambat. Too late. Naudzubillah.
Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami setelah beroleh petunjuk dariMu. Ameen.
***
Here's an awesome video to wrap up for the day. Listen and take heed. :)
"Sometimes we can't just say "Allah has a better plan for us."
We have to believe He does."

Comments
Post a Comment
Speak good, or remain silent. (Bukhari & Muslim)